Media semalam kecoh dengan berita pelakon filem The Fast and the Furious, Tyrese Gibson telah peluk agama Islam. Ia ekoran Tyrese membuat ucapan Ramadan kepada semua umat Islam menerusi laman Instagram.

Pelakon The Fast and The Furious Tyrese Gibson nafi peluk Islam – Dalam satu laporan media, Tyrese dikatakan begitu teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini. Beliau juga dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014 selepas berkunjung ke Dubai.

Berikut adalah kenyataan awal Tyrese Gibson yang telah jadi viral di media sosial:

PELAKON THE FAST AND THE FURIOUS TYRESE GIBSON NAFI PELUK ISLAM

“Ramadan al-Mubarak untuk semua  umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu,” demikian tulis Tyrese Gibson di akaun Istagramnya baru-baru ini.

Namun begitu, Tyrese Gibson telah memberi penjelasan mengenai isu berkenaan. Menurutnya, dia hanya mengucapkan selamat berpuasa dan ia sekadar ucapan sahaja. Tyrese Gibson juga mengesahkan dia masih kekal dengan agama asalnya.

PELAKON THE FAST AND THE FURIOUS TYRESE GIBSON NAFI PELUK ISLAM 2

“Dengan hormat saya menjelaskan (bahawa) saya bukan seorang Muslim, saya seorang Kristian sejak dilahirkan. Saya menghormati semua agama dan ada ramai kawan Muslim yang sangat baik. Saya sudah mendalami budaya dan saya hormati budaya,” kata Gibson hari ini dalam sebuah perkongsian di laman sosial Facebook.

PELAKON THE FAST AND THE FURIOUS TYRESE GIBSON NAFI PELUK ISLAM 3

Apa-apapun sama-sama kita doakan agar Tyrese Gibson betul-betul dapat hidayah untuk peluk agama Islam. Insya Allah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.