Pelakon Veteran, Azean Irdawaty Kritikal – Perlu Jalani Pembedahan Buang Tumor? | Sama-sama kita doakan kesihatan pelakon veteran, Azean Irdawaty, 63. Beliau dilaporkan kini dalam keadaan kritikal. Menurut anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim (Benjy), Azean perlu menjalani pembedahan bagi membuang tumor yang semakin merebak pada selaput perlindungan otaknya, Isnin ini.

Berdasarkan laporan berita, Benjy turut mendedahkan bahawa kesihatan ibunya semakin merosot sejak dua bulan lalu, selepas terputus bekalan ubat berikutan kehabisan wang simpanan.

azean irdawaty

“Beberapa bulan kebelakangan ini mama boleh bergerak hasil pengambilan ubat berkenaan. Walaupun harganya mahal, RM9,000 sebulan, banyak perubahan dapat dilihat, malah mama mula bergerak dan agak cergas berbanding sebelumnya. Namun, disebabkan situasi kewangan tidak mengizinkan, kami tidak lagi dapat membeli ubat terbabit. Kesannya, tubuh mama semakin lemah, mudah letih, hilang selera makan, apatah lagi selepas tumor menyerang sebelah kiri otaknya. Sepatutnya dia menjalani pembedahan semalam (18 April), tetapi terpaksa ditunda ke Isnin ini berikutan kes kecemasan lain. Kami dimaklumkan pembedahan kali ini berisiko tinggi,” katanya yang dipetik dalam laporan BH online.

“Sebelum ini walaupun terlantar sakit, mama masih mampu melakukan pergerakan ringan. Apabila menekan butang telefon bimbit pun tidak larat, kami membawanya menjalani imbasan dan dari situ, doktor mengesan sel mati pada bahagian otaknya disebabkan serangan tumor. Kami tiga beradik bersama ayah bergilir menjaga mama sejak dia dimasukkan ke hospital. Dia kini dalam pemantauan sebelum menjalani pembedahan. Mama masih lemah malah percakapannya juga kurang jelas,” katanya.

Benjy, 35, turur berkata, buat masa ini doktor menasihatkan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat bagi mengelakkan ibunya terdedah kepada jangkitan penyakit lain.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.