Pelakon Veteran, Kuswadinata Dilaporkan Stabil | Sebelum ini, Kuswadinata dilaporkan semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa. Bagaimanapun, laporan berita hari ini menyebut Kuswadinata dilaporkan sudah keluar hospital dan kesihatannya kini dikhabarkan semakin stabil. Namun pelakon veteran itu dikehendaki membuat rawatan susulan sebagaimana dijadualkan.

Memetik laporan mStar Online, Kuswadinata, 74, akan dimasukkan semula ke Hospital Ampang dalam waktu terdekat bagi menjalani rawatan susulan terhadap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu. Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, berkata, selain rawatan susulan, suaminya itu akan menjalani kemoterapi yang dijadualkan pada 23 November depan.

Katanya lagi, selepas dibenarkan keluar daripada hospital pada 24 Oktober lalu keadaan suaminya stabil namun doktor mahu Kuswadinata dimasukkan ke hospital semula bagi memantau keadaan dan menjalani rawatan susulan terhadap penyakit yang dihidapinya. Dalam pada itu, Kamariah memberitahu, suaminya itu hilang selera makan sejak dimasukkan ke hospital namun masih mempunyai semangat tinggi untuk melawan penyakitnya yang kritikal.

“Kami sentiasa memberi dorongan kepadanya supaya kuat semangat untuk melawan penyakit dan Alhamdulillahlah saya lihat beliau sangat tabah menghadapi dugaan ini,” jelasnya.

Manakala Kuswadinata yang kelihatan ceria dengan kehadiran rakan-rakan memberitahu sangat terharu dengan sokongan yang diberikan kepada keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang tidak putus-putus melawat dan menghulurkan bantuan.

“Tidak dapat saya balas jasa mereka sehingga akhir hayat saya kerana tidak jemu-jemu keluarga dan rakan-rakan datang menziarahi saya dari hari saya dimasukkan ke hospital sehingga kini. Mereka adalah insan yang membuatkan saya terus bersemangat untuk melawan penyakit yang dihidapi,” ujarnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.