Pelancaran SimplySiti Bejeweled Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012 | Koleksi kosmetik SimplySiti Bejeweled yang baru dilancarkan merupakan edisi istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Seakan menjadi tradisi, sekali lagi menjelang hari raya ini SimplySiti sekali lagi memperkenalkan koleksi kosmetik terbaru yang lebih eksklusif. Kata Dato’ Siti Nurhaliza, koleksi Bejeweled diilhamkan daripada permata yang menjadi pujaan setiap wanita. Koleksi ini didatangkan dalam dua set khas iaitu Bejeweled Ruby dan Bejeweled Sapphire.

Istimewanya, koleksi kosmetik kali ini dirumus khas dengan ‘Jewelery Powder’ yang terdiri daripada permata berlian, delima dan mutiara yang bermanfaat untuk kulit agar kelihatan lebih cerah, berseri dan menawan. Sempena dengan pelancaran koleksi Bejeweled ini, SimplySiti telah bekerjasama dengan syarikat barangan kemas Habib Jewels untuk peraduan ‘Find That Diamond In You’ dengan hanya menghantar slogan “Kecantikan saya terserlah dengan Bejeweled kerana…” Slogan yang menarik dengan menyelitkan Habib Jewels dan SimplySiti, pemenang bakal membawa pulang set berlian bernilai sehingga RM70,000.

Selain itu, Siti juga akan turun padang di beberapa lokasi bermula hari ini untuk sesi ‘Meet & Great’ dan mempromosikan Koleksi Bejeweled yang mula berada di pasaran hari ini. Untuk info lanjut, layari www.simplysiti.com.my atau Facebook SimplySiti dan Siti Nurhaliza Tarudin Official.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.