Tidak dinafikan cerita berkenaan Alyah antara kontroversi yang banyak berterbangan dalam dunia hiburan. Baru-baru ini kecoh mengenai cerita Alyah mahu gam sebuah akhbar ekoran kenyataan yang dikeluarkan dalam laporan akhbar tersebut dikatakan mengaibkan beliau. Namun Alyah sudah mohon maaf berkenaan isu tersebut dan tidak mahu panjangkan lagi cerita itu.

Dalam pada itu, Alyah telah meluahkan perasaannya dalam satu laporan portal hiburan dimana kerana pelbagai kontroversi yang menimpanya, dia pernah terfikir untuk berundur diri dan membantu kakaknya menguruskan perniagaan restoran makanan. Katanya, setiap kali kontroversi yang terpalit di wajahnya, maka setiap kali itu jugalah penyanyi Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan terfikir untuk berundur diri. Namun dia sedar, langkah yang diambilnya untuk bergelar penyanyi dan anak seni merupakan ranjau penuh anak duri yang perlu dilaluinya dengan penuh kesabaran.

gambar alyah bertudung

Memetik laporan portal murai.com.my mengenai perasaan serta kekecewaannya apabila acap kali dikaitkan dengan pelbagai kontrovesi, penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor itu seakan sudah lali dengan segala macam hal yang dikaitkan dengan dirinya.

“Kontroversi yang datang, bukanlah daripada diri saya, malah jauh sekali untuk diminta kerana ianya datang daripada orang sekeliling. Perkara ini langsung sukar untuk saya kawal kerana saya berhadapan dengan ramai orang. Kalau saya kata saya tak mahukan kontroversi dan orang di luar sana masih mengaitkannya, apa yang boleh saya buat? Saya hanya mampu berfikiran positif dan redha. Kalau hari ini berlakunya sesbuah kontrovesi, sudah pasti saya akan down. Tapi bila fikir balik, itu adalah sebahagian daripada kehidupan seorang anak seni,” katanya yang kini lebih selesa berhijab.

Baru-baru ini Alyah telah dikaitkan dengan seorang pemuzik terkenal, Dato Ramli MS yang didakwa telahpun mendirikan rumah tangga secara diam-diam. Hujung tahun lalu pula, penyanyi Kisah Hati itu didapati telah berperang siber dengan dua pereka fesyen ternama gara-gara soal pakaian. Namun jelas Alyah, dia percaya ada alasan yang tersendiri mengapa tercetusnya kedua-dua kontroversi itu? Kedua-dua kontroversi berkenaan punyai alasan tersendiri mengapa ianya terjadi dan sekali lagi dia berkata ianya sebagai resam kehidupan sebagai anak seni yang mana setiap langkahnya akan diambil tahu oleh orang sekeliling.

“Kalau ingin bercakap tentang kontrovesi berkaitan pereka fesyen itu, saya rasa perkara itu sudahpun lama berlalu. Semuanya kerana tiadanya kesabaran dan saya faham masing-masing ketika itu sedang marah. Tentang pemuzik itu pula, saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana apabila wujudnya hubungan antara kami berdua, orang di luar sana ingin ambil tahu. Saya seorang artis, jadi tak kiralah hal peribadi berkaitan emak atau adik saya, orang akan ingin tahu juga. Memang tak dapat dielakan,” katanya.

Jelas Alyah, dia sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang mengaitkannya dengan segala macam kontrovesi dan dia mengharapkan kemaafan serupa daripada pihak sekeliling supaya dia dapat menjalani kehidupan lebih tenang dan aman.

“Saya tak pernah anggap semua itu sebagai satu kesalahan. Bagi saya ianya sebagai satu titik dan esok semuanya hilang. Saya tak mahu dibelenggu dengan perasaan bersalah seumur hidup I kerana saya sering membuka ruang untuk memaafkan dan harap-harap kesalahan saya dimaafkan mereka dunia akhirat. Bagi saya ianya setakat air lalu. Mereka tak salah apa-apa,” katanya jujur dan ikhlas.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.