Seorang jurulatih seni mempertahankan diri di Brazil menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya memukul, meliwat dan membunuh anak tirinya apabila dia pula yang diliwat dan dibelasah oleh 20 banduan lain di penjara.

Daryell Dickson Meneses Xavier mengalami kecederaan parah di seluruh tubuhnya terutama di bahagian dubur akibat perbuatan ganas para banduan itu. Lebih sadis, selepas dia pulih dari kecederaannya, dia sekali lagi ‘dikerjakan’ oleh banduan tersebut yang bertindak mengoyakkan jahitan pada bahagian duburnya dan meliwatnya buat kali kedua.

peliwat kena liwat 20 banduan

Menurut sumber, tompokan darah pada seluar yang dipakai Daryell membuktikan betapa dia menderita dengan keganasan para banduan itu.

Kejadian itu kini menjadi buah mulut ramai sehingga mecetuskan perdebatan sama ada ia setimpal dengan jenayah yang pernah dilakukannya sebelum ini. Namun, ramai yang bersetuju dengan menyifatkan Daryell bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dia tidak dibunuh seperti anak tirinya. – (Sumber)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.