Meskipun keseluruhan badan kereta mewah jenis Lotus Elise yang dipandunya berkecai dan hanya tinggal rangka, seorang lelaki terselamat daripada maut selepas terbabas melanggar bukit di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh.

Memetik sumber Harian Metro, kejadian berlaku lebih kurang jam 3 petang, mangsa, Lim Lik Wie, 40, dipercayai berasal dari Johor Bahru cedera parah manakala anjing peliharannya mati di tempat kejadian. Sebelum kejadian, dia yang dipercayai memandu laju kenderaan berkuasa tinggi itu.

kemalangan lotus di pagoh

Pemandu cedera di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan. Kemalangan itu mengakibatkan kereta itu rosak teruk bagaimanapun mangsa tersepit di tempat duduk pemandu. Kejadian turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer.

lotus kemalangan di pagoh

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Katanya, pemandu kereta berkenaan yang cedera di beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan kecemasan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.