Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-80 adalah pada 16 September 2013. Walaubagaimanapun, perbarisan Hari ATM Ke-80 diadakan pada hari ini, 19 September 2013 di Dataran PTD, Kem Sungai Besi. Pada tahun ini, Tentera Laut Diraja Malaysia diberi mandat untuk mengkoordinasikan perbarisan tersebut. Selain itu, ATM bakal mengadakan Hari Sambutan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-80 pada hari Sabtu dan Ahad, 21 hingga 22 September 2013 ini di Dataran Merdeka.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Sempena sambutan itu, ATM telah merancang pelbagai aktiviti serta beberapa kelainan yang bakal ditonjolkan pada sambutan pada kali ini. Antaranya perbarisan raksasa yang akan mempamerkan hampir kesemua aset-aset, peralatan, sistem tempur dan perkhidmatan logistik ATM. Perbarisan itu bakal diwarnai pertunjukan tarian tempur serta perbarisan dan gimik khas pasukan khusus ATM iaitu Grup Gerak Khas, Pasukan Khas Laut dan Pasukan Khas Udara yang akan bergabung membuat persembahan.

Selain itu, perbarisan raksasa ini juga turut menampilkan kesemua anggota ATM yang bertugas dalam Ops Daulat. Jangan lupa berkunjung ke Dataran Merdeka untuk sama-sama memeriahkan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-80.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.