Insiden pergaduhan yang membabitkan tujuh lelaki dengan beberapa pekerja kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat menggemparkan negara ketika umat Islam di Malaysia bakal menyambut Syawal beberapa hari sahaja lagi.

Pembeli luah perasaan dedah pernah kena tipu di Plaza Low Yat dan Bukit Bintang – Kejadian itu bertambah ‘panas’ apabila ia turut mendapat perhatian netizen di media sosial yang turut memuat naik video dan juga gambar pergaduhan beserta komen termasuk yang berunsur perkauman.

PEMBELI LUAH PERASAAN DEDAH PERNAH KENA TIPU DI PLAZA LOW YAT DAN BUKIT BINTANG 2

Isu berkenaan menjadi trending ‎dan perbualan ramai, malah ada yang meluahkan pernah terkena tipu kerana membeli gajet yang dijual Plaza Low Yat.

‎Antaranya Syahrin Abdul Aziz yang berkongsi pernah menjadi mangsa penipuan penjual telefon bimbit di sana beberapa tahun lalu.

“Saya pun salah satu mangsa tipu kedai telefon bimbit di Low Yat berapa tahun lalu. Beli Samsung Note2. Kata barang original (Malaysia). Boleh tukar satu kepada satu kalau rosak.

“Nak jadikan cerita, telefon bimbit saya rosak. Pergi hantar Samsung Service Centre (pusat khidmat Samsung), Samsung Service Centre cakap ini bukan ‘local warranty’. Set dari Thailand. Samsung Malaysia tak nak terima sebab berlainan no IMEI,” ujarnya.

Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Iskandar pula menyarankan agar orang ramai melengkapkan dengan ilmu secukupnya sebelum membeli apa-apa barangan di Plaza Low Yat.

“Hendak pergi Low yat beli barang computer, sila sediakan ilmu betul-betul, apa spesifikasinya, … berapa anggaran harga,” tulisnya di laman mikro Twitter.

Sementara menurut Mohammad Afandi, dia sudah lama berhenti daripada membeli gajet di sana.

“Saya sudah lama berhenti membeli barangan di Low Yat, sebab sudah tidak mempercayainya lagi,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama Yana Owolabi juga mendedahkan beliau dan abangnya nyaris kena tipu di Bukit Bintang.

“Teringat 3 ari lepas kt bukit bintang abg aku nyaris kena tipu..memula cina ni kata bayar rm499 dpt note 4..lebih 10kali aku tanya dia ‘confirm eh satu sen xlebih xkurang?confirm eh lpas bayar rm499 n da cek hp kalau ori blh terus bwk blk?’ Die ckp ‘confirm 100%..siap nak marah aku sbb aku tanya byk kali..dia ckp ‘brapa kali mahu ulang maaaaa’..aku pun okay suh abg aku proceed ah..die kata kena sain n bayar dulu br dpt fone..bile da sain rupanya kena bayar lg rm2100..kau gila??bila da ckp dgn boss dia semua mcm xpuas ati die ckp kitorg yg salah faham..aku pun terus la ckp ‘eh wa ada record la apa dia ckp dr a-z..’ Terus muka dorg berubah tp dlm masa yg sama nk berlakon cool lg siap ckp ‘okay bgus la u ada record..’ Aku pun bg boss dia dgr..memula dia masih nk back up staff dia..bila part yg aku da tanya confirm rm499 xlebih xkurg n bdk tu ckp confirm xlebih xkurg,terus boss dia terdiam..dlm masa yg sama desak abg aku suruh amik hp lain konon duit tu xblh pulang..ckp punya ckp abg aku tetap kata nk duit die ckp kalau nk cancel kena bayar rm150 jd dpt amik rm350 je..aku time tu xleh ckp apa da sbb kalau org blh tgk benda halus mmg confirm lah nmpk asap membuak2 kat kpala aku..dgn tgh sakit kpala lg..aku bg abg aku setel..sbb aku kalau start bukak mulut kang mmg makan maki hamun je dia..tp sbb dia tgh ckp baik2 dgn abg aku sbb tu aku leh sabar..aku punya jenis org ckp baik aku ckp baik,kalau org ckp kasar2 cam aku mntk sedekah kt dorg,mmg makan sup maki kaw2 la korg..aku bukan gila kalau org ckp baik2 tp aku nk maki n ckp kasar kan..tp cina ni pun ckp baik sbb aku record..kalau x mahu da bertumbuk gan abg aku..ckp punya ckp tetap nk pulang rm350..dtg boss lg sorg dia sohsehsohseh dgn lg sorg tu,terus dia ckp dia bayar full.. Sebelum bayar tu dia mntk aku delete video tu..aku ckp okay xde hal..aku pun delete dpn dia.. Tp dia ingat aku bodo sbb sebelum apa2 kemungkinan aku awal2 da send video tu kat laki aku..dia terlalu terjebak gan samsung smpai dia xtahu iphone ni kalau da delete pun ada ‘recently deleted’ n korg blh restore blk…”

“Pengajarannya kt sini kalau nk buat deal apa2 xkira lah dgn melayu ke cina ke india yg melibatkan duit ke apa je yg korg rasa blh jd bukti di masa akan dtg,korg record je..tp jgn la jd bangang lak nk record depan2 org tu bg dia tahu..korg nk rakam,rakam senyap2…dan pengajaran lg satu,kalau ada hp murah n suruh sain dulu br dpt fone,jgn sesekali percaya..(kalau nk record kalau blh pakai camera video jgn record voice je..takut nnti dorg blh nafikan..bila sah2 kuar muka dia kat situ,mcmana nk nafikan ye x??’)
So,selamat mencuba…..”

PEMBELI LUAH PERASAAN DEDAH PERNAH KENA TIPU DI PLAZA LOW YAT DAN BUKIT BINTANG

Insiden yang berlaku jam 7.50 malam semalam menyebabkan beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai yang menyebabkan kerugian dianggarkan hingga RM70,000.

Pergaduhan dikatakan berpunca apabila salah seorang daripada tujuh lelaki berkenaan ingin menukar telefon yang didakwa bukan dari set tulen lantas menimbulkan perbalahan dengan pekerja kedai terbabit.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.