Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri Melaka akan tetap melakukan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 secara bersemuka kepada rakyat negeri itu berbanding penggunaan kaedah penyaluran ke akaun bank. Beliau berkata, proses penyerahan akan dibuat seperti sebelum ini melalui wakil rakyat dan pegawai kerajaan yang turun padang untuk menyerahkan baucar tunai kepada penerima.

Jelas beliau menerusi satu laporan berita, kaedah ini dilakukan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara wakil rakyat dengan penduduk negeri ini di samping pihaknya dapat menggunakan masa ini untuk menyatakan rasa terima kasih kepada pengundi. Beliau juga berkata, setakat ini, seramai 185,000 pemohon telah mendaftar bagi mendapat BR1M di negeri ini.

br1m 2014

Kerajaan sebelum ini memperkenalkan langkah terbaru penyaluran BR1M ke akaun bank penerima bagi mengelak mereka beratur panjang di program tersebut.

Untuk makluman anda, permohonan baru dan kemaskini BR1M akan ditutup pada 31 Januari 2014. Sehingga kini, belum ada ura-ura kerajaan mahu melanjutkan tarikh tutup berkenaan. Pemohon juga digesa membuka akaun bank jika masih belum ada (kecuali Melaka). Anda boleh membuat permohonan atau mengemaskini maklumat (pemohon lama) BR1M disini – – Jom Kemaskini Atau Buat Permohonan Baru BR1M 2014 Online.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.