Pemilik kereta akhirnya tampil untuk beri penjelasan punca beliau bertindak memarahi seorang pekerja cuci kereta warga Bangladesh setelah beberapa hari video berkenaan tersebar di media sosial dan mendapat kecaman orang ramai.

Pemilik kereta dedah punca marah dan pukul Bangla pekerja Kedai Car Wash – Menurut sumber info, lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan, Risamuddin Abd Wahab mendakwa pemilik Car Wash berkenaan, Atie Abdul Hamid, telah menfitnahnya.

Oleh kerana penyebaran video berkenaan, ia telah mendatangkan kemudaratan kepada diri dan keluarganya apabila mereka telah dicemuh masyarakat sedangkan orang ramai tidak tahu apa sebenarnya yang dialaminya ketika situasi tersebut.

Risamuddin mendakwa, pekerja warga Bangladesh yang dipukulnya itu tidak berpuas hati selepas ditegur ketika cuci keretanya dan kemudian bertindak mengotorkan bahagian bumbung dalam keretanya dengan kain yang kotor sehingga lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati.

PEMILIK KERETA DEDAH PUNCA MARAH DAN PUKUL BANGLA PEKERJA KEDAI CAR WASH 1

“Bangla itu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok-elok tetapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur, dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan kain yang kotor, dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati. Bila saya tegur lagi, dia menjawab. Kalau you di tempat saya, sikit sebanyak pun akan tercabar juga. Saya call bos dia pada masa itu, tetapi tak dijawab. Lepas itu dia fitnah kata saya marah sebab Bangla itu kotor duduk dalam kereta saya. Itu langsung tidak betul sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah itu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu kena kutuk oleh masyarakat,” jelasnya kepada rakan yang bertanyakan mengenai insiden tersebut.

Dalam pada itu, Risamuddin turut menyatakan kekecewaan apabila pemilik premis Car Wash berkenaan tidak menunjukkan video rakaman penuh kamera litar tertutup (CCTV) itu dari awal kejadian.

“Saya tak pasti kenapa dia tidak berikan video penuh yang dari awal saya menegur Bangla itu dan ramai-ramai Bangla mana ada yang kotor pun,” katanya.

Untuk makluman anda, hari ini Risamuddin dilaporkan telah ditahan reman oleh pihak polis untuk membantu siasatan mengenai kejadian tersebut. Ia susulan satu laporan polis telah dibuat semalam olah pemilik kedai Car Wash berkenaan.

PEMILIK KERETA DEDAH PUNCA MARAH DAN PUKUL BANGLA PEKERJA KEDAI CAR WASH 2

p/s: Rata-rata boleh terima alasan Risamuddin. Memang ada pekerja warga asing ni agak kurang ajar. Tapi kalau boleh janganlah sampai tahap naik tangan. Apapun, andainya kita berdepan situasi yang lebih kurang sama dengan Risamuddin, kereta sudah dikotorkan, kotoran pada bumbung tu pulak susah nak tanggal… Apa agaknya keadaan kita masa tu kalau tuntutan ganti rugi tak dilayan? Sila beri pandangan anda dibawah… TQ


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.