Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) – Seorang pemuda dipukul sampai mati oleh penduduk setempat selepas beliau ditangkap ketika cuba mencuri wang dari tabung masjid di Pandan Indah. Berdasarkan sumber media sosial, kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi.

Pemuda berkenaan meninggal dunia di Hospital Ampang dipercayai kerana kecederaan parah di kepala, badan, tangan dan kaki akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

pemuda dibelasah sampai mati curi wang masjid

Pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sebatang kayu yang mungkin digunakan untuk memukul mangsa. Mayat pemuda tersebut kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat. Susulan kematian pemuda berkenaan, empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

p/s: Salah memang dia bersalah. Tapi janganlah pukul sampai mati. Terlalu berat hukuman yang diberikan oleh ‘penduduk’ berkenaan. Jadi sekarang jawablah dengan pihak polis pula…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.