Rasanya kalau semua mangsa bertindak berani seperti ini sudah tentu bakal pencabul atau mereka yang berniat untuk mencabul akan membatalkan hasrat mereka dan insaf.

Dah la kemalangan, kena tangkap dan bakal didakwa pula. Memang sengaja cari padah dan ammboi rasa tidak salah kalau kes ini diviralkan dan menjadi pengajaran kepada mereka yang berkenaan.

Pencabul terbabas langgar tiang elektrik…

Memetik sumber myMetro, tindakan lelaki mencabul seorang wanita mengundang padah apabila mangsa menendang motosikal suspek menyebabkan dia terbabas dan melanggar tiang elektrik. Suspek yang kemudiannnya ditahan orang ramai di Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, dalam kejadian jam 8 pagi itu, pekerja operator kilang berusia 23 tahun yang dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal menyedari suspek mengekorinya.

Suspek bertindak memegang dada mangsa…

Menurutnya, suspek bertindak memegang dada mangsa menyebabkan dia terkejut dan terus menendang motosikal lelaki itu.

“Akibatnya motosikal suspek hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang elektrik. Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil,” katanya.

Shariffuddin berkata, suspek yang cedera ditahan sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk menerima rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.