Pendek waktu rehat penjawat awam supaya boleh pulang awal semasa Ramadan! Ramai penjawat awam kesuntukan masa untuk pulang ke rumah bagi menyediakan juadah berbuka apabila tibanya bulan Ramadan. Tambahan pula dengan kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

Sepertimana yang kita maklum, setiap penjawat awam diberikan waktu rehat selama 1 jam bermula pada jam 1 petang hingga jam 2 petang. Namun begitu, pada bulan Ramadan biasanya masa berkenaan tidak digunakan sepenuhnya dan hanya mengambil sedikit masa untuk solat Zohor.

PENDEK WAKTU REHAT PENJAWAT AWAM SUPAYA BOLEH PULANG AWAL SEMASA RAMADAN

Oleh itu, ada cadangan dikemukakan oleh seorang penjawat awam di dalam sebuah akhbar baru-baru ini, yang meminta waktu rehat dipendekkan supaya mereka boleh pulang dari kerja lebih awal.

Memetik laporan Sinar Harian Online hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata  kerajaan sedia menimbang cadangan memendekkan waktu rehat selama setengah jam untuk penjawat awam semasa Ramadan bermula bulan depan.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet untuk diperhalusi. “Pihak kami terbuka dan sedia menerima apa-apa cadangan…akan bawa perkara itu ke peringkat atasan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya bersetuju menimbang cadangan pemendekkan waktu rehat kerana ia dilihat tidak menjejaskan aktiviti dan operasi perkhidmatan penjawat awam sepanjang Ramadan nanti tetapi bergantung kepada keputusan Kabinet.

Apa pula pandangan anda? Adakah cadangan ini wajar disokong atau sebaliknya?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.