Macam-macam berita disebarkan sejak kehilangan pesawat MAS MH370. Berita yang kadang-kadang semakin mengelirukan dan tidak berapa nak diakui kesahihannya. Namun pihak berkenaan tidak boleh mengabaikan petunjuk yang ada. Mereka sudah tentu akan berusaha untuk memeriksa maklumat yang ada. Terbaru, penduduk di kepulauan Maldives mendakwa ternampak sebuah pesawat yang ciri-cirinya menyamai fizikal MH370.

Memetik sumber Sinar Harian, penduduk berkenaan berkata, pesawat itu membuat penerbangan rendah pada 8 Mac 2014 lalu. Memetik laporan portal Haveeru.com, beberapa penduduk di Kudahuvadhoo melihat pesawat tersebut pada jam 6.15 pagi (9.15 pagi waktu tempatan).

mh370 maldives

Menurut saksi, pesawat tersebut yang berwarna putih dan mempunyai garisan merah, padan dengan sifat pesawat MAS yang dilaporkan hilang. Katanya lagi, pesawat tersebut bergerak dari utara ke hujung selatan Maldives. Saksi yang ditemui juga menambah, bunyi pesawat tersebut amat bising semasa bergerak merentasi kepulauan tersebut.

“Saya tidak pernah lihat jet yang terbang sebegitu rendah. Saya pernah lihat pesawat ringan dan saya pasti jet tersebut bukan pesawat ringan. Bukan saya sahaja, beberapa orang lagi juga nampak. Sesetengah daripada mereka keluar dari rumah untuk melihat apakah yang menyebabkan bunyi bising tersebut,” kataya.

Sementara itu, laporan itu menyebut, seorang pakar penerbangan tempatan memberitahu, bahawa ‘kemungkinan besar’ MH370 melintasi Maldives. Bagaimanapun, kebarangkalian untuk mana-mana pesawat untuk terbang rendah pada waktu yang direkodkan adalah sangat rendah.

Kudahuvadhoo merupakan sebuah pulau kecil yang mempunyai kira-kira 3,580 penduduk dan telah diterokai oleh seorang pengembara dan ahli etnografi dari Norway, Thor Heyerdahl pada awal 1980-an. Pulau ini antara lokasi yang cepat membangun di Maldives dan pihak kerajaan memutuskan untuk membangunkan sebuah lapangan terbang di Kudahuvadhoo menjelang akhir tahun ini. Sementara itu, ahli Majlis pulau Kudahuvadhoo, Mohamed Zaheem berkata, penduduk pulau telah bercakap mengenai insiden berkenaan.

Penerbangan MH370 itu dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 8 Mac lalu. Penyiasat memberitahu, bahawa ia sengaja dilencongkan daripada laluannya. Sejak ia dilaporkan hilang, 26 negara kini membantu untuk mengesan pesawat berkenaan selepas satelit dan data radar tentera meramalkan ia mungkin terbang melalui dua koridor yang besar.

Koridor utara terbentang dari utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor selatan bermula dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Data satelit mencadangkan bahawa ‘ping’ terakhir, istilah yang digunakan untuk menjelaskan penghantaran data dalam bentuk isyarat pendek kepada satelit, diterima daripada pesawat berkenaan di sekitar Lautan Hindi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.