Pencarian pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lalu, telah mencapai satu titik perubahan baru selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan penemuan dua objek itu sebagai satu ‘maklumat baru dan boleh dipercayai’.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penemuan ini adalah satu penemuan yang berwibawa namun perlukan pengesahan. Dengan maklumat baru dari Australia, pencarian pesawat MH370 terus dipergiatkan semalam tetapi usaha tersebut terjejas kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

hishammuddin

Pakar-pakar turut memberi pendapat, boleh jadi objek yang dikesan itu adalah bekas kapal kontena atau badan pesawat atau mungkin sayap pesawat. Menurut Pakar Sistem Radar Universiti Nasional Australia, John Blaxland penemuan ini adalah hanya satu permulaan.

Menurut CNN, beliau berkata sekiranya pesawat terhempas ianya berada di atas permukaan laut, anggota pencari akan menghadapi kesukaran dalam mencari beberapa bahagian pesawat yang lain dalam mencari jawapan kepada apa yang telah berlaku. Beliau menambah, keadaan perairan Selatan Lautan Hindi antara cabaran yang perlu dihadapi dalam pencarian tersebut.

Menurut bekas pengarah Pejabat Negara Lembaga Keselamatan Penerbangan di Amerika Syarikat, Tom Haueter jika dibandingkan dengan usaha SAR yang lain, proses ini biasanya akan mengambil masa yang sangat lama. Beliau mengambil contoh kes TWA Flight 800 yang menunjukkan bagaimana kerja pembinaan semula kapal yang ditemui sangat renyah dan dalam masa yang sama amat penting untuk mengetahui dengan tepat apa yang berlaku. Kes Penerbangan Air France 447 turut membuktikan betapa lama misi pencarian dibuat.

mh370 kawasan carian

Namun sehingga hari ini, pasukan penyiasat masih belum menerima sebarang bukti pengesahan berhubung penemuan dua objek yang dikesan oleh satelit yang di Lautan Hindi. “Saya menerima semua laporan setiap pagi. Masih belum ada petunjuk positif mengenai penemuan itu,” kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kerajaan Malaysia percayai pesawat tersebut dilencongkan ke laluan lain dengan sengaja dan terbang beberapa jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Komunikasi kali terakhir antara pesawat itu dengan satelit berlaku di satu daripada dua koridor iaitu koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand, atau koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Sumber: Astro Awani


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.