mh17 terhempas di ukraine rusia

Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 penerbangan mas MH17 terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia – mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapalnya. Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal, demikian menurut laporan agensi berita antarabangsa.

Menurut laporan, ia terhempas di kawasan konflik antara puak pemisah Ukraine yang pro Rusia dengan tentera Kerajaan Ukraine berhampiran Donetsk dan adalah rumit untuk sampai ke lokasi di mana ia terhempas. Sementara itu sumber MAS pula berkata, kapal terbang itu belum lagi memasuki ruang udara Rusia ketika ia terhempas.

Tambah sumber, pesawat itu dikhautiri ditembak jatuh ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki. Kementerian Dalam Negeri Ukraine dalam satu kenyataan ringkas berkata, kesemua 295 orang penumpang dan krew dalam pesawat itu kini dikhuatiri terkorban.

Pesawat itu berkemungkinan terhempas dari udara disebabkan serangan sistem anti pesawat BUK, kata sumber. MAS pula melalui laman Twitternya menulis: “MAS telah terputus hubungan dengan MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir yang diketahui adalah di ruang udara Ukraine.” [mStar]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.