Semua orang suka dengan siri animasi Upin dan Ipin. Dari kanak-kanak sampailah yang berusia semua sukakan animasi berkenaan. Kaletah lucu dua beradik kembar itu bersama kawan-kawannya pasti akan mencuit hati.

Namun begitu, tidak semua yang boleh menerima apa yang disampaikan dalam animasi berkenaan. Ini kerana ada pihak yang mendakwa watak animasi Upin dan Ipin biadap dan kurang ajar.

Memetik laporan The Malay Mail Online, penerbitnya Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi, 61, menegaskan percakapan watak kembar kampung itu menunjukkan cara kepetahan kanak-kanak biasa dan bukannya kurang ajar seperti yang didakwa.

Jelasnya, setiap dialog yang digunakan dalam siri animasi Upin dan Ipin telah dikaji dan banyak memberi manfaat kepada masyarakat.

“Upin Ipin kami buat banyak kajian. Walaupun nampak hanya cerita budak tapi isteri saya sangat prihatin. Semua dialog ada sebab dan mesti ada isi.

“Kita tak hendak [dialog] kosong. Setiap dialog kalau buat untuk sampaikan mesej prihatin. Dan juga mesti ada nilai hiburan,” katanya.

Beliau menjawab satu status pengguna maya yang viral di media sosial apabila mempertikaikan satu babak perbualan Upin Ipin dengan kakaknya, Kak Ros yang dikatakan biadap dan kurang ajar.

Status tersebut dimuat naik 16 Mac lalu dan dikongsi 4,500 pengguna Facebook. Namun ia hanya meletakkan dialog perbualan Kak Ros, Upin Ipin dan Opah tanpa menyatakan secara terperinci babak yang dimaksudkan.

“Cuba beritahu saya, dialog mana yang kurang ajar. Kami ada terlepas pandang tapi dalam bentuk lakonan seperti Upin Ipin jelir lidah pada Kak Ros.

“Setelah mendapat tindak balas, kami putuskan tidak sesuai. Jangan ulangi lagi.

“Kita tidak pernah mencarut. Ada yang [fitnah] kata dialog ada sebut ‘babi.’ Suruh mereka tunjukkan,” katanya yang menerbitkan animasi lebih sedekad.

Tambahnya, pihak produksi sentiasa teliti menghasilkan skrip berdasarkan pengalaman dan menapis babak tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

“Dialog animasi adalah amat sesuai dengan budak-budak. Bukan senang nak buat. Semua berdasarkan pengalaman.

“Saya besarkan anak tiada orang gaji. Kami besarkan sendiri. Kami tahu bagaimana kanak-kanak bercakap.

“Kita sampai sekarang tak buat babak Upin Ipin terjun tangga, terjun sungai semua. Kalau saya cakap mereka (penonton) marah. Kartun lain ada yang lebih teruk.

“Misalnya untuk episod sempena puasa, kami tidak buat babak Upin Ipin curi-curi makan dan tidak berpuasa,” katanya.

Tidak dinafikan, banyak pengajaran dan pendidikan yang terkandung dalam siri Upin dan Ipin. Cuma adakalanya kata-kata seperti rungutan Upin dan Ipin tidak sesuai dengan usia mereka.

Akan tetapi, sebagai orang dewasa, disitulah peranan kita untuk menerangkan kepada anak-anak mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Betul tak?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.