Pengunjung Menara Taming Sari, Banda Hilir, Melaka berdepan detik-detik cemas apabila menara berkenaan yang setinggi 110 meter itu mengalami kerosakan teknikal dan terhenti secara tiba-tiba malam kelmarin. Pengunjung yang berada dalam menara berkenaan dipercayai tersangkut selama hampir sejam.

menara tamingsari

Difahamkan, ketika kejadian lebih 10 orang awam termasuk beberapa kanak-kanak berada di dalam menara berputar 360 darjah itu yang tiba-tiba mengalami kerosakan ketika mahu turun terhenti pada ketinggian kira-kira 60 meter. Sepasukan bomba yang menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 10.45 malam bergegas ke lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.

menara tamingsari tersangkut

Bagaimanapun, sistem menara itu dikatakan kembali berfungsi dengan baik dan semua pengunjung berkenaan selamat diturunkan, kira-kira jam 11.30 malam.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.