Kecoh hari ini di media sosial dengan cerita dan video seorang bayi yang ditinggal dalam kereta berkunci dan hampir kelemasan. Namun bayi berkenaan berjaya diselamatkan orang ramai yang bertindak memecahkan cermin kereta berkenaan setelah pelbagai usaha untuk membuka pintu kereta jenis Myvi itu gagal.

Pengupload video mohon maaf kepada ibu bayi dan jelas situasi sebenar – Video berkenaan mula disebarkan oleh saudara Tuan Nor Azlim dan dalam kenyataan video berkenaan beliau mendakwa kejadian berlaku di Seksyen 9, Shah Alam dan ketika kejadian bayi berkenaan ditinggalkan berseorangan dalam kereta. Ketika itu enjin kereta juga dimatikan. Manakala ibu dan bapa bayi berkenaan tidak dapat dikesan.

Kejadian baru berlaku sebentar td dpn maybank s9 shah alam..sempat sya rakamkan ..Ibu/bapa bayi ini tidak kelihatan entah kemana..bayi sudah berpeluh dan enjin kereta/aircond tidak dihidupkan..kenapalah masih ada masyarakat kita yg tidak peka..terima kasih pd yg menbantu selamatkan bayi ini td..Allhamdulillah

Ramai yang mengkritik dan mengecam ibu bayi berkenaan dek kerana cuai dan sebagainya. Namun begitu, pemilik video berkenaan iaitu Tuan Nor Azlim didapati telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf kepada ibu bayi kerana ada salah faham dalam keterangan awalnya.

PENGUPLOAD VIDEO MOHON MAAF KEPADA IBU BAYI DAN JELAS SITUASI SEBENAR 2

MUNGKIN ADA KESILAPAN DALAM VIDEO SY TD..KEADAAN AGAK GENTING AND SY PON BEREMOSI..MUNGKIN VIDEO SY ITU DIRAKAM SEMASA DORG SDG BERUSAHA UTK SELAMATKAN BAYI ITU BERSAMA IBU KPD BAYI ITU..JADI SY YG BR SAMPAI DI TEMPAT KEJADIAN MERAKAM DAN TERUS MENGUPLOD … SAYA INGIN POHON MAAF KALAU SY TERSILAP INFO SBB SY MMG ADA TANYA DI MANA IBU BAYI TERSEBUT TP TIADA YG MENJAWAB..APA2 PUN SY INGIN MEMOHON MAAF SEKALI LAGI JIKA VIRAL INI MENJADI BEBANAN KPD PIHAK BERKENAAN…BG SY YG PENTING BAYI ITU SELAMAT..WALLAHUAKLAM..

Kemudian beliau turut menjelaskan situasi sebenar iaitu apa yang sebenarnya belaku di lokasi kejadian. Menurutnya, ibu bayi berkenaan sebenarnya ada bersama ketika itu. Punca bayi berkenaan terperangkap pula adalah kerana masalah auto lock.

LANJUTAN DR INSIDEN T/HARI TADI SY DI FAHAMKAN KEJADIAN ITU BUKANLAH BAYI DI TINGGALKAN DLM KERETA TETAPI KES AUTO LOCK AND ORG RAMAI CUBA MEMBANTU UTK KELUARKAN BABY TERSEBUT DI TEMANI OLEH IBUNYA YG TURUT BERADA DI SITU..JADI SY MOHON JASA BAIK SEMUA TERMASUK BLOGGER2 DAN AKHBAR TEMPATAN YG TELAH MENVIRALKAN VIDEO SERTA INFO YG SALAH ITU MEMPERBETULKAN APA YANG TELAH DI CETAK SECARA MAYA ATAUPUN DI KERATAN AKHBAR..SEKALI LG SY NEMOHON MAAF KPD IBU BABY TERSEBUT ATAS KESILAPAN SY MEMUAT NAIK VIDEO TERSEBUT..KADANG2 EMOSI MENGUASAI DIRI DAN KITA BERTINDAK DI LUAR KAWALAN..

Pengupload video berkenaan turut menyesali apa yang berlaku. Namun beliau sudah mohon maaf. Dalam pada itu, beliau turut berharap agar apa yang berlaku (mungkin kes bayi terperangkap atau salah lapor) jadi iktibar untuk kita semua.

SEMOGA APA YG BERLAKU MENJADI IKTIBAR UTK KITA SEMUA..APA YG BAIK DARI ALLAH SWT DAN YG BURUK DR KELEMAHAN SY SENDIRI..WASSALLAM… [sumber FB: Tuan Nor Azlim]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.