Kalah atau menang adat pertandingan. Tak ada mana-mana pasukan mahu kalah dan tak ada mana-mana pasukan yang mendapat kemenangan mudah tanpa penat lelah dan usaha mereka. Begitu juga dengan aksi Final Piala Malaysia 2013 yang lepas dimana melibatkan pasukan Kelantan dan Pahang. Pahang telah dinobatkan Juara Piala Malaysia 2013 setelah mengalahkan Kelantan, 1-0.

Kemenangan Pahang dan kekalahan Kelantan itu sewajarnya diterima dengan hati yang terbuka oleh mana-mana pihak samada pihak pengurusan serta penyokong. Bukannya dengan menyebarkan cerita negatif dan sebagainya. Itu ternyata tidak profesional dan boleh mencetuskan kekecelaruan dan tanggapan negatif peminat.

khairul azahan pahang

Namun itulah resam dunia bola sepak, pasti ada sahaja yang tidak kena. Ammboi bukannya menuduh mana-mana pihak, cuma cerita mengenai penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azahan Mohd Khalid atau dikenali dengan panggilan Yan menggunakan bomoh memang agak melampau dan sangat tidak profesional. Bagi ammboi, tuduhan sebegini tidak semestinya datang dari penyokong pasukan Kelantan, mungkin ada tangan-tangan nakal yang lain mengambil kesempatan diatas kekalahan pasukan Kelantan.

Memetik laporan myMetro, Khairul Azahan tampil menjelaskan mengenai tuduhan tersebut. Beliau nyata terkejut dan tidak tahu bagaimana cerita seperti itu boleh disebarkan. Kononnya dia menggunakan bomoh dan berdamping dengan makhluk halus ketika menjaga gawang Pahang sewaktu menentang Kelantan sedangkan beliau tidak melakukannya.

“Saya tidak tahu bagaimana cerita mengarut ini boleh keluar dalam Facebook (FB). Saya terkejut apabila dimaklumkan kononnya ada makhluk halus ditugaskan menutup pintu gol daripada dibolosi sehingga kami muncul juara musim ini,” jelas Khairul Azahan dalam laporan tersebut.

penjaga gol pahang khairul azhan dituduh guna bomoh

Menerusi sedutan gambar FB yang dirakam melalui televisyen pada separuh masa kedua perlawanan itu, Khairul Azahan dilihat berada di sebelah kiri gawang gol dan pada masa sama, ada satu petak merah di tengah gawang yang kononnya lokasi kedudukan makhluk halus itu. Gambar itu yang dipercayai mula disebarkan sejak kelmarin hanya menjadi bahan ketawa pengguna laman sosial terbabit kerana jelas menunjukkan ia sengaja direka pihak tertentu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.