Penjawat Awam Perak Dapat Insentif RM500 | Sebelum pembubaran DUN nampaknya kakitangan awam negeri Perak dapat bonus. Rezeki diorang la tu nak buat macam mana. Bagaimana pula dengan negeri-negeri lain? Rasanya kalau kakitangan awam persekutusan dan Negeri Sembilan dah memang sah takkan dapat dah. Kerajaan negeri lain jer masih ada kuasa lagi kan?

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan pemberian insentif tambahan sebanyak RM500 kepada setiap penjawat awam kerajaan negeri. Beliau berkata pemberian yang akan dimasukkan dalam pembayaran gaji bulan ini melibatkan lebih 8,000 penjawat dengan peruntukan RM7.5 juta. Ia sebagai menghargai usaha penjawat awam ekoran peningkatan hasil kerajaan negeri tahun lepas, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Datuk Seri Dr Zambry

Sementara itu Datuk Seri Dr Zambry juga berkata mesyuarat exco hari ini merupakan yang terakhir sebelum Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan. Beliau dijadual mengadap Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah petang ini untuk memohon perkenan pembubaran Dun.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.