Hari ini sudah 1 November 2013. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya apakah status mengenai penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam. Samada ianya pekelilingnya sudah dikeluarkan atau belum. Tak kurang juga yang sudah patah hati dengan isu ini. Sampaikan ada yang menyerah pada takdir sahaja. Jika ada, maka adalah rezeki mereka. Begitu juga sebaliknya.

Bagaikan ada satu sinar apabila Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal juga sudah bersuara. Kenyataan beliau mungkin boleh mencerahkan harapan penjawat awam yang terlibat.

Memetik laporan mStar Online KPPA berkata, lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini. Kemudian mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing. Mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal KPPA

Menurut Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal lagi, antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan. Penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.

Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Januari 2014.

p/s: Kalau opsyen diberi dalam bulan November, tempoh masa pula sebulan dari tarikh surat (mungkin Disember), maka perlaksanaan sudah tentu pada Januari 2014 la sebagaimana yang disebut KPPA diatas…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.