Banyak betul dugaan yang melanda pelakon dan bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan. Dari satu persatu hinggap dalam kalendar kehidupannya. Mujurlah Abby antara selebriti yang sabar dengan ujian yang ditujukan kepadanya. Terbaru, Abby,36, sekali lagi dipalitkan dengan kontroversi dimana beliau dikatakan tengking dan tidak hormatkan suaminya.

Memetik laporan Sinar Harian, Abby dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24. Berita yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai. Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas pulang dari majlis anjuran Pas, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini.

abby abadi dan farhan

Penjelasan dari Abby Abadi:

Bagaimanapun, Abby Abadi yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba untuk menjatuhkan kredibilitinya. Jelasnya semua itu hanyalah fitnah dari mereka yang tidak menyenanginya.

“Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya.

Mengulas mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga.

“Cukuplah fitnah-fitnah itu. Hubungan saya dan suami baik-baik saja,” ujarnya.

p/s: Tak baik runtuhkan rumah tangga orang. Semoga gosip sebegini berjaya dielakkan oleh Abby dan Farhan sebaiknya…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.