Alamak, satu persatu nampaknya kontroversi menimpa pelakon Aeril Zafrel. Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, sebelum ini pernah hangat dengan kontroversi pendedahan pernikahannya dengan pelakon Wawa Zainal. Terbaru, satu pendedahan telah dibuat oleh seorang wartawan hiburan dimana Aeril dikatakan sudah bernikah dengan Ummi Nazeera sebelum bernikah dengan Wawa Zainal.

Namun begitu, Aeril menerusi laporan mStar Online tetap tenang dan menjelaskan dia dengan pelakon wanita tersebut tidak pernah berjumpa dan mereka hanya bertegur di laman sosial secara terbuka. Aeril juga menganggap tuduhan bahawa dia pernah berkahwin dengan pelakon Ummi Nazeera adalah fitnah yang bertujuan memburukkan lagi dirinya pada mata masyarakat.

aeril zafrel dan ummi nazeera

“Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut bertanggapan buruk pada saya. Secara jujurnya saya dengan Ummi hanya bertegur sapa di laman sosial sahaja dan kami tidak pernah berjumpa secara peribadi,” katanya dipetik mStar Online.

Jelas Aeril lagi, dia kesal dengan tuduhan tersebut dan menganggap ia sebagai satu serangan peribadi. Bagaimanapun, dia menerima perkara itu sebagai satu ujian daripada Allah agar menjadikannya insan yang lebih kuat. Aeril mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia di samping isteri dan anaknya Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia hampir tiga bulan.

“Alhamdulillah kehidupan kami kini bahagia dan tenang, Wawa tinggal dengan saya di sini dan anak kami semakin membesar dan sihat. Kalau boleh biarlah masyarakat mengenali kami sahaja dan saya mahu anak saya membesar dalam dunia dia sendiri tanpa melibatkan sebarang publisiti,” katanya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.