Biasalah kalau namanya selebriti jika kehidupan mereka tidak dipalit dengan kontroversi memang tidak sah. Sebenarnya ada sahaja yang tidak kena dimata media dan masyarakat. Namun sebagai selebriti mereka kena redhalah dengan pilihan penjalanan karier mereka ini. Terbaru ada cerita panas tersebar berkenaan isteri Black Mentor.

Black yang baru sah bergelar suami kepada Naquia Yasirah atau Cira Khairi pada 13 September lepas telah dilanda satu kontroversi berkenaan status isterinya. Ini kerana ada yang menyebarkan cerita mengatakan isterinya itu dikhabarkan seorang janda.

gambar nikah black dan cira khairi

Memetik laporan murai.com.my, Black Mentor atau kini mahu dikenali dengan panggilan Black Hanifah, 26, berasa pelik dan hairan tatkala diajukan soalan tentang status isterinya itu. Selain itu, Black juga menafikannya dan berkata ia bukanlah sebagaimana yang disebarkan.

“Kenapa nak tanya soalan begini kepada saya? Soalan ini tidak masuk akal langsunglah. Isteri saya bukanlah seperti yang dikhabarkan,” ujar Black dipetik murai.com.my.

Dalam pada itu, Black juga ingin memperbetulkan tanggapan masyarakat yang mengatakan bahawa isterinya iaitu Naquia Yasirah atau Cira adalah anak saudara kepada pelakon Datin Umie Aida.

“Saya nak betulkan sedikit kenyataan media. Cira bukanlah anak saudara kepada Umie Aida tetapi dia adalah anak saudara kepada suami Datin Umie Aida iaitu Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hassan. Umie telah hadir ke majlis resepsi sebelah perempuan pada malam 13 September bersama suaminya. Dari awal lagi, saya pun sudah dimaklumkan bahawa dia tidak akan hadir pada majlis resepsi keesokan harinya kerana dia sibuk. Saya tidak kisah perkara tersebut kerana saya lebih mementingkan keluarga terdekat yang hadir. Apapun, saya bersyukur segalanya berjalan lancar,” jelas Black dalam laporan yang sama.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.