Kecoh beberapa hari lepas dengan penyebaran cerita mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditelan seekor ular sawa. Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Kampung Tualang, Perak. Bagaimanapun hari ini menerusi sumber berita, pihak bomba telah mengesahkan bahawa gambar berkenaan adalah palsu.

Penjelasan bomba isu gambar ular sawa telan budak 11 tahun di Kampung Tualang Perak : Jurucakap Pengurusan Korporat Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya berkata, gambar yang disebarkan itu adalah kejadian di Kampung Kindu, Tuaran, Sabah, baru-baru ini. Menurutnya, seorang remaja mendakwa rakannya ditelan seekor ular sawa bagaimanapun ia adalah sekadar rekaan.

“Difahamkan remaja terbabit ke kawasan itu bersama rakannya untuk mencuri ikan tetapi disedari oleh pemilik kolam itu. Remaja terbabit kemudian mereka cerita rakannya ditelan ular sawa bagi melepaskan diri,” katanya dipetik dari sumber berita berkenaan.

penjelasan bomba isu gambar ular sawa telan budak 11 tahun di kampung tualang perak

Katanya, gambar ular yang diletakkan bersama gambar kejadian terbabit adalah palsu kerana ia adalah jenis Anaconda berasal dari Amerika Selatan dan bukannya ular sawa. Gambar itu adalah carian internet yang diletakkan bersama gambar kejadian bagi menyakinkan orang ramai berhubung perkara itu. Menurutnya, pihak bomba berharap orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu itu kerana ia hanya akan menimbulkan kerisauan.

Mengikut maklumat diterima daripada Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah, kes tersebut berlaku di Tuaran namun cerita sebenarnya adalah berbeza. Lelaki terbabit cuba mengalihkan perhatian daripada kesalahan dilakukannya dengan menjerit meminta tolong di tepi jalan dan mengatakan dia hampir ditelan ular… Baca selanjutnya disini CERITA SEBENAR DISEBALIK PENYEBARAN BERITA ULAR SAWA TELAN BUDAK DI TUARAN SABAH


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.