Kenapa Ella jalani rawatan di hospital? Adakah Ella sudah hamil? Itu antara persoalan yang bermain di fikiran peminat penyanyi yang dinobatkan Ratu Rock, Ella. Bagaimanapun menerusi laporan berita, Ella menepis gosip berkenaan dan menerangkan tujuan sebenar beliau ke hospital.

Jelas Ella dipetik mStar Online, dia nafi sudah hamil sebaliknya mengalami radang apendiks dan telah menjalani rawatan apendisektomi. Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, berkata, dia telah melakukan apendisektomi iaitu pembedahan membuang apendiks kira-kira dua bulan lalu di Hospital Ampang Puteri dan sedang dalam proses pemulihan.

ella dan suami azhar

“Saya ada dengar juga orang kata saya sedang hamil, tetapi sebenarnya tidak. Tetapi saya menjalani pembedahan membuang apendiks baru-baru ini. Mungkin orang salah faham tentang perkara itu,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Ella, bagaimanapun dia menyifatkan sangkaan beberapa pihak mengenai kehamilannya itu sekadar mengambil berat terhadapnya. Ella juga tidak menolak dia masih berharap agar rumah tangganya dan suami, Azhar Ghazali segera dimeriahkan dengan kehadiran cahaya mata agar kehidupan berkeluarga menjadi lebih sempurna.

p/s: Insha Allah…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.