Beberapa bulan lepas, kecoh juga dengan kisah putus tunang antara pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein dengan tunangnya yang merupakan pengarah, Azmi Hatta. Kemudian tersebarnya pula cerita Elly Mazlein sengaja mengelakkan dari memberi kenyataan kepada media berkenaan isu tersebut. Bagaimanapun kata Elly Mazlein semua itu tidak benar dan dia memberitahu lebih senang merahsiakan apa yang berlaku ketika itu.

elly mazlein

Terbaru, Elly Mazlein telah mendedahkan hubungannya bersama tunang tidak menghadapi sebarang masalah, sebaliknya berlangsung seperti biasa. Namun mengakui mereka masih belum ada perancangan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.

elly mazlein dan azmi hatta bertunang

“Hubungan saya dengan dia masih macam biasa. Masing-masing sibuk dengan kerjaya. Tiada lagi perancangan untuk berkahwin buat masa ini. Kalau ada, saya akan beritahu kepada semua. Saya akan umumkan kalau sudah sampai waktunya. Kepada sesiapa yang buat cerita terbabit (putus tunang), saya nasihatkan supaya mereka cuba lagi. Kalau mereka rasakan apabila mereka buat spekulasi mengenai saya, boleh membuatkan mereka bahagia, saya pun tumpang bahagia untuk mereka. Sejujurnya, hubungan saya dan dia berjalan seperti biasa. Tiada apa-apa yang berlaku,” jelas Elly Mazlein dipetik dari laporan gua.com.my.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.