Kecoh dengan cerita Zizan Razak dan Emma Maembong bercumbuan dalam pesawat. Cumbuan yang dimaksudkan merangkumi aksi mesra, intim dan mencium pipi. Lebih memalukan, perilaku itu berlaku di hadapan penumpang lain di dalam penerbangan tersebut. Sebelum ini kita sudah baca penjelasan dari Zizan berhubung gosip bercumbu dengan Emma Maembong di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan menuju ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

Kali ini giliran Emma Maembong pula tampil memberikan kenyataan dalam sebuah laporan akhbar. Jawab Emma atau nama sebenarnya, Che Fatimah Rohani Ismail, 22, kepulangannya dari Los Angeles disambut dengan khabar yang benar-benar mengaibkan namanya dan keluarga. Terkilan, kecewa dan tertekan, Emma menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

zizan, emma, hafiz

Emma menjelaskan sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih 12 jam dari Kuala Lumpur ke Los Angeles, Amerika Syarikat dua minggu lalu, ada masanya dia tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan. menerangkan, dia duduk bersebelahan Zizan dan sebaris dengan penyanyi Kaka serta pengurus Wire Frame Entertainment, Marina Juki.

“Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat. Selagi tiada sebarang ikatan Emma tidak akan sesekali melakukan perkara itu (bercumbu) walaupun ramai yang membuat spekulasi Emma dan Zizan bercinta, janganlah sampai membuat fitnah sebegini. Cerita ini secara tidak langsung memburukkan nama Zizan dan mengaibkan keluarga kami. Pasti ramai yang menganggap kami selalu buat perkara bukan-bukan seperti ini. Emma sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenai cerita ini, memang benar orang selalu cari salah kita,” katanya dipetik laporan Kosmo!

“Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka (yang mengikuti trip bersama) tapi tidak pula keluar cerita. Mungkin kebetulan Emma duduk bersebelahan Zizan dan ada pula spekulasi kami bercinta sebelum ini, maka orang senang menjatuhkan hukuman,” jelasnya.

“Emma tidak marahkan penyampai cerita itu sebab semua tahu perkara yang sebenar, malah sampai sekarang Emma tidak pasti siapakah individu yang bertindak menyebarkan cerita itu. Mungkin juga ada peminat yang tersalah anggap. Agak sedih sebenarnya apabila cerita itu keluar tanpa bertanyakan dahulu kepada Emma atau Zizan. Kalau betul Emma salah, Emma minta maaf,” ujarnya yang menyifatkan Zizan adalah lelaki paling rapat dalam hidupnya.

Terbit kisah itu sekali gus mengundang tanda tanya keluarga masing-masing. Terang Emma, dia sudah menjelaskan situasi tersebut kepada keluarganya dan mengharapkan agar tidak timbul sebarang isu berbangkit.

“Keluarga ada bertanya akan hal itu dan Emma sudah jelaskan satu persatu, mereka memahami dan menyokong Emma. Begitu juga Zizan, apabila dimaklumkan mengenai perkara itu dia memang terkejut. Tiada apa yang boleh dibuat melainkan menceritakan perkara sebenar,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.