Beberapa hari lepas kecoh dengan kontroversi status WeChat dari pelakon Almy Nadia. Status berkenaan dikatakan berkait dengan masalah hubungannya dengan kekasih, Fizz Fairuz. Bagaimanapun, Almy yang pada mulanya mengecam tindakan pihak yang menyiarkan status WeChat-nya itu kerana dianggap peribadi menjelaskan ianya tiada kaitan dengan sesiapa termasuklah Fizz.

Apa pula kata Fizz Fairuz? Adakah beliau terasa hati dengan kata-kata yang diluahkan Almy itu? Sudah tentu ramai yang menantikan penjelasan dari aktor ini kan…

fizz fairuz

Menerusi laporan Rotikaya, Fizz Fairuz memberitahu dia tidak tahu akan status yang berbaur marah ditulis oleh kekasihnya, Almy Nadia di aplikasi permesejan WeChat. Jelasnya, hubungannya kini dengan Almy seperti biasa.

almy nadia wechat

“Hubungan saya dengan Almy seperti biasa. Kami baik dan masih berhubung seperti biasa cuma status kemarahan yang dipersoalkan sebelum ini saya sendiri pun tak tahu kenapa dan untuk siapa. Perancangan untuk berkahwin saya adalah pada tahun hadapan jika tiada aral melintang tetapi masih belum mempunyai rancangan tarikh yang mana kerana kami mahu dahulukan majlis perkahwinan adik saya,” jelas Fizz Fairuz yang diminta mengulas isu tersebut dan juga perancangan perkahwinannya dengan Almy.

p/s: Ok la kalau macam tu. Harap tak ada apa-apa. Semoga perancangan Fizz dan Almy untuk bernikah juga berjalan dengan lancar. Insya Allah…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.