Penjelasan Hamidin Berhubung Isu Penyampaian Trofi Liga Super 2012 di Wisma FAM | Setelah teruk dihentam, akhirnya ada wakil dari FAM tampil memberikan penjelasan. Namun penjelasan yang sememangnya sudah dijangka, langsung tak boleh dipakai dan memang FAM sengaja mereka-reka cerita semata. Sejak bila pula FAM sibuk?

FAM yang sebelumnya mengumumkan majlis penyampaian trofi tidak akan dibuat pada aksi terakhir menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Sabtu ini, seperti diharapkan penyokong The Red Warriors. Sebaliknya FAM memutuskan majlis penyampaian trofi bagi Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM diadakan serentak pada jam 3 petang, 20 Julai di Wisma FAM.

“Tidak perlu jadi isu. Musim lalu pun trofi dan hadiah Liga Super disampaikan di Wisma FAM. Lagipun kebetulan pegawai FAM kini sibuk mengendalikan acara bola sepak SUKMA 2012 di Kuantan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang juga Naib Presiden FAM.

Memanglah musim lalu pun beri piala kat Wisma FAM, kerana musim lalu pun Kelantan yang menang. Jadi sekiranya Kelantan yang muncul Juara Liga Super memang akan diadakan di Wisma FAM. Macam mana jika negeri lain yang menang? Apa yang FAM akan lakukan? Rasanya konco-konco FAM ini yang akan junjung sendiri piala berkenaan ke negeri yang menang.

p/s : sebenarnya orang FAM ni takut nak datang ke Kelantan…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.