Tak pasti dengan apa yang berlaku, adakah Hanez Suraya sengaja mengambil dan menyebarkan gambarnya sebegini untuk mencipta kontroversi atau memang ianya tak disengajakan. Namun ternyata foto berkenaan mendapat kritikan dan komen-komen pedas dari peminat hiburan di Malaysia. Jika benar Hanez sengaja, maka sah beliau sudah berjaya memanaskan namanya. Namun jika tidak, memang cari pasal la namanya.

penjelasan hanez suraya isu dipeluk lelaki di tioman

Berdasarkan laporan Sinar Harian, tersebar gambar mesra Hanez Suraya bersama seorang lelaki di beberapa portal hiburan. Gambar yang berlatar belakangkan kawasan pantai peranginan, dipercayai Pulau Tioman menunjukkan Hanez di peluk mesra seorang lelaki. Namun usaha wartawan berkenaan untuk mendapatkan penjelasan mengenai siapakah lelaki di sisi Hanez itu tidak berjaya apabila telefon bimbit Hanez ditutup.

Memetik laporan OhBulan pula, Hanez menjelaskan lelaki di dalam gambar tersebut adalah kenalan barunya dan hubungan mereka masih di peringkat mengenali hati budi.

“Dia kawan saya dan saya enggan mendedahkan lebih lanjut identitinya. Dia bukan orang dalam industri dan kami berkenalan melalui kawan. Bukan mahu berahsia tapi akibat keterbukaan saya sebelum ini telah memakan diri sendiri, jadi saya memilih untuk tidak berkongsi atau memperbesar-besarkan perkara ini. Cukup orang tahu kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Gambar itu dirakamkan secara kandid (tanpa sedar), saya tidak boleh tutup mulut orang untuk membuat spekulasi bukan-bukan. Apa yang boleh saya cakap, saya kenal dan tahu dia bagaimana.” Jelas Hanez dalam laporan tersebut.

Selain itu, Hanez juga menjelaskan dia bukanlah bercuti bersama ‘kekasih’ barunya itu, sebaliknya dia menjalani penggambaran untuk sebuah program siaran RTM. Namun pada hari terakhir penggambaran, lelaki berkenaan telah datang dan membuat kejutan kepada Hanez.

p/s: Berkenaan gambar tu rasanya padan ammboi letak gambar dengan blur seperti diatas jela…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.