Lama juga rasanya tidak mendengar cerita mengenai penyanyi jelita, Heliza Helmi yang juga merupakan tiba-tiba bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia musim keempat (AF4). Tiba-tiba namanya dikaitkan dengan cerita dilamar oleh pencipta lagu dan penyanyi terkenal, Hafiz Hamidun.

Cerita sensasi berkenaan timbul berdasarkan kenyataan Hafiz dalam sebuah akhbar semalam tentang desas-desus lamarannya untuk berkahwin dengan seorang penyanyi yang kini merupakan penceramah bebas. Biarpun tidak menyatakan nama wanita yang dilamarnya itu, namun ramai yang menyangka bahawa individu yang dimaksudkan berdasarkan maklumat yang dinyatakannya dalam akhbar berkenaan ialah Heliza.

heliza helmi

Menerusi akhbar Kosmo! hari ini, Heliza telah memberikan penjelasan mengenai isu tersebut. Jelas Heliza, dia sangat terkejut apabila namanya telah dikaitkan memandangkan dia sendiri tidak mengetahui cerita mengenai lamaran yang dibuat. Katanya dia masih belum menerima mana-mana lamaran dan sekiranya seorang lelaki hendak melamar seorang wanita itu perlulah ikut syarie (hukum Islam).

“Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini dan percaya saya bukanlah individu yang dimaksudkan itu. Jadi, agak sukar untuk saya memberikan sebarang komen. Dalam hal ini, saya rasa tindakan yang paling wajar adalah dengan bertanya kepada Hafiz sendiri memandangkan dia yang membuat kenyataan kepada akhbar berkenaan.”

“Sehingga kini saya masih belum ada menerima sebarang lamaran perkahwinan, termasuk daripada Hafiz. Itu yang membuatkan saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba-tiba dikaitkan pula. Saya melihat perkara ini sebagai satu isu yang besar memandangkan saya masih mempunyai ibu dan bapa. Bagi saya, kalau benar hendak melamar seorang wanita itu perlulah ikut syarie (hukum Islam).”

“Saya akui mempunyai hubungan dengan Hafiz tetapi tidak lebih daripada sekadar sahabat. Lagipun, kami berdua sentiasa terlibat dengan program atau acara berbentuk keagamaan bersama-sama. Kalau mengikut hukum agama, perkahwinan itu haruslah dihebahkan kepada orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah. Jadi, saya akan bersikap terbuka mengenainya tetapi ia akan dihebahkan sekiranya saya memang sudah sah akan berkahwin.”

Itu sahaja penjelasan dari Heliza dan ia membuktikan Heliza mungkin bukanlah wanita yang dimaksudkan oleh Hafiz. Jadi siapa gerangan wanita yang berjaya bertakhta di hati Hafiz? Kita tunggu penjelasan dari Hafiz pula. Insya Allah…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.