Kecoh pula media sosial dengan isu kenaikan harga cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM).  Ia mula menjadi viral dan menimbulkan kegusaran orang ramai.

Bagaimanapun, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari menafikan terdapat pengumuman kenaikan berkenaan. Info palsu itu kononnya melibatkan semua jenis kenderaan berkuasa 880cc dan ke atas dan akan mula naik bermula Januari tahun depan.

Penjelasan JPJ isu kenaikan harga cukai jalan

penjelasan-jpj-isu-kenaikan-harga-cukai-jalan

“Informasi tersebut tidak tepat dan palsu telah tersebar meluas melalui media sosial dan aplikasi Whatapps baru-baru ini.

“JPJ memandang serius isu kenaikan kadar fi LKM kerana boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat awam,” jelas jabatan itu menerusi satu kenyataan sebagaimana disiarkan oleh mStar Online.

Dakwaan harga cukai jalan akan meningkat sebanyak 25 peratus

Khabar angin tersebut tersebar awal hari yang sama dengan dakwaan harga cukai jalan akan meningkat sebanyak 25 peratus.

JPJ menasihatkan orang awam agar tidak percaya dengan maklumat dalam laman sosial. Mereka perlu mendapatkan penjelasan pihak berkuasa daripada menyebarkan informasi yang tidak sahih.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.