Penjelasan Juri Mengenai Kontroversi Kemenangan Lagu Terukir Di Bintang (Yuna) | Biasalah, kalau ada yang tak puas hati terus jadi kontroversi. Kali ini kontroversi mengenai kemenangan lagu Terukir Di Bintang yang diumumkan sebagai lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27). Sebenarnya kemenangan lagu ini memang mengejutkan banyak pihak. Sehinggakan menjadi tanda tanya apakah kekuatan lagu ini? Adakah lagu dan liriknya benar-benar mantap? Atau kerana kontroversi membabitkan penyanyinya semata?

Seperti yang kita tahu, penyanyi asal dan juga pencipta lagu Terukir Di Bintang,  Yuna, di saat akhir telah menarik diri dari menyertai pertandingan tersebut atas komitmen yang tidak dapat dielakkan menantinya di Amerika Syarikat. Kemudian tercetus kontroversi ekoran pada awalnya dikhabarkan penyanyi terkenal 70-an, Uji Rashid dipilih untuk menggantikan Yuna. Namun pada saat akhir, Uji didakwa ‘disingkirkan’ dan tiba-tiba Aizat pula diberikan kepercayaan untuk mengalas tanggungjawab tersebut. Selain itu, ada juga yang mempersoalkan kredibiliti Aizat yang menyampaikan lagu tersebut yang dilihat terlalu releks berbanding finalis lain yang menampakkan kesungguhan yang tinggi.

penjelasan juri kemenangan lagu yuna terukir di bintang

Bercakap sewaktu sidang media sejurus usai AJL27, selaku ketua juri Azmeer menjelaskan pemilihan lagu Terukir Di Bintang adalah kerana lagu itu mempunyai kekuatan dari segi melodi dan kreativiti serta lirik yang cukup puitis dan berkualiti menidakkan kekuatan 11 lagi lagu yang bertanding.

aizat ajl2012

“Kita tak boleh sangkal kehebatan sesebuah lagu itu hanya kerana penyanyinya tak berada di sini. Kita tak boleh hukum lagu itu. Jika lagu itu bagus, sesiapa pun yang menyanyikannya, lagu itu tetap akan dipilih sebagai pemenang. Kalau Yuna menyanyi, dia banyak slanga. Aizat pula menyampaikannya dengan gayanya yang tersendiri, bersahaja ala Michael Buble. Lagu itu juga membawa kita kembali ke zaman 50-an dengan melodi yang mengasyikkan. Kami para juri tidak ada perbincangan pun untuk memilih lagu itu. Tapi masing-masing mempunyai buah fikiran yang sama untuk memilih lagu itu sebagai juara,” kata Azmeer mengulas mengenai pemilihan lagu berkenaan.

Azmeer turut menegaskan keputusan yang dibuat tidak ada langsung dipengaruhi oleh isu kontroversi yang timbul malahan beliau menyangkal dakwaan kemenangan lagu itu adalah sebagai ‘anugerah balas budi’.

“Sebenarnya kami baru dapat tahu tentang pertukaran penyanyi untuk lagu ini, di saat akhir. Ada juri yang baru tahu tadi (malam tadi). Tapi bagi kami, kami tak peduli mengenai siapa penyanyinya. Kontroversi juga tak diambil kira dalam mengadili sesebuah lagu. Kami bersikap profesional”, katanya.

Apa-apa pun, keputusan adalah muktamad dan tak mugkin ada insiden pulangkan trofi, kan. Heh. Penyanyi Ana Raffali dulu pun teruk dihentam ketika meraih kemenangan di AJL25. Diharapkan dengan kemenangan ini, Yuna terus memberi inspirasi kepada ramai anak muda yang bercita-cita mahu menjadi penulis lirik sepertinya. Syabas.

(Sumber – Malaysia Digest)

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.