Sebagaimana kita maklum, perlawanan Liga Super membabitkan pasukan Perak lawan Johor Darul Takzim (JDT) memihak kepada JDT dengan kemenangan 1-0.

Bagaimanapun malam perlawanan tersebut tidak berakhir dengan sebaiknya apabila berlaku kekecohan melibatkan kedua-dua penyokong pasukan berkenaan.

PENJELASAN JURUGAMBAR NSTP ISU REKA CERITA DAN TIPU DISERANG PENYOKONG JDT

Dalam pada itu, isu paling hangat diperkatakan ekoran kekecohan tersebut adalah berkenaan seorang jurukamera akhbar New Straits Times Press (NSTP) yang mendakwa cedera dipukul dalam kekecohan tersebut dan turut mendakwa kamera miliknya dirampas penyokong JDT.

Pelbagai kecaman dan tuduhan dilemparkan terhadap jurukamera tersebut, Supian Ahmad, 36, menerusi laman sosial termasuk mendakwa beliau dibayar untuk melakukan perkara itu.

PENJELASAN JURUGAMBAR NSTP ISU REKA CERITA DAN TIPU DISERANG PENYOKONG JDT 1

Menerusi beberapa sumber media, Sufian meluahkan perasaan kesal dan menegaskan segala tuduhan terhadapnya itu adalah fitnah serta ia bukanlah dirancang sebagaimana didakwa.

“Saya juga dikatakan orang Perak, sedangkan saya bukan orang Perak …itu adalah fitnah terhadap saya dan pengamal media lain juga difitnah sebagai suka menipu.

“Sebagai pihak berkecuali saya terkilan kenapa saya dipukul dan diserang? Saya harap pihak berkenaan menarik balik dakwaan sebelum saya membuat laporan polis,” katanya.

PENJELASAN JURUGAMBAR NSTP ISU REKA CERITA DAN TIPU DISERANG PENYOKONG JDT 3

Dalam insiden di Stadium Perak Sabtu lalu, Supian dilaporkan diserang penyokong JDT di tengah padang selain dipijak di beberapa bahagian badan, manakala kamera bernilai kira-kira RM30,000 miliknya dirampas. Menurutnya, kamera itu telah ditemukan semula di atas padang oleh seorang petugas media ketika polis melakukan pemeriksaan.

“Gambar dalam kamera masih ada dan kerugian yang saya alami lebih RM1,000 kerana ‘filter’ kamera rosak dan komputer riba pecah sedikit,” katanya.

PENJELASAN JURUGAMBAR NSTP ISU REKA CERITA DAN TIPU DISERANG PENYOKONG JDT 2

Susulan serangan ke atasnya, Supian berkata, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam semalam selain menyerahkan beberapa bahan bukti termasuk gambar serta video untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak Sayed, Mohd Hesham Sayed Idris berkata, satu akta perlu diwujudkan bagi melindungi pengamal media ketika menjalankan tugas.

“Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana pengamal media diserang tanpa sebab, kita tidak sokong mana-mana pasukan, kita berada di pihak yang berkecuali,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.