Baru-baru ini tersebarnya khabar angin yang sangat tidak munasabah mengenai kenaikan elaun penjawat awam untuk tahun 2014. Elaun yang dikatakan terlibat adalah elaun perumahan, elaun sara hidup (COLA) dan elaun baru SBM (Subsidi Bahan Mentah), elaun kritikal khas bagi PDRM dan ATM.

Ramai penjawat awam keliru dengan pendedahan ini dan ianya sudah tentu memberikan harapan palsu kepada mereka. Kononnya sumber kenyataan berkenaan diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal KPPA

Butiran mesej mengenai kenaikan 3 elaun iaitu senarai kenaikan elaun naik 2014 seperti elaun perumahan, elaun sara hidup (COLA) dan elaun baru SBM (Subsidi Bahan Mentah), elaun kritikal khas bagi PDRM dan ATM adalah sebagaimana dibawah (Sumber: BeritaSemasa):

Pelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pejawat awam bagi tahun 2014 – Selaras dengan pengumuman MAPPA Bil.1/2012

Lebih 1.1juta penjawat awam yang berada di skim perkhidmatan awam akan menerima pelarasan kenaikan 3 elaun yang ditambah baik di bawah rancangan transformasi Perkhidmatan Awam 2014 akan diumumkan pada 15 November 2013 ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sudah sampai masanya 3 elaun utama diberikan kadar semasa sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di malaysia.Walaubagaimanapun, elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM akan diperkenalkan dengan kadar RM1200 bagi semua Gred, dan itu tidak termasuk dalam 3 pelarasan elaun utama.

Menurutnya perjumpaan bersama Cuepacs dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci pelarasan kenaikan elaun penjawat awam itu akan diadakan bermula Januari 2014.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai pelarasan elaun itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang berada di bandar dengan kadar elaun cola RM300 tidak terlibat dengan elaun perumahan yang akan diberikan kenaikan samarata iaitu RM600 dan bagi mereka yang berada di bandar akan menerima elaun kos tempat tinggal iaitu RM800, dan untuk kadar elaun Cola diselaraskan RM 500 samarata.Selain itu, kerajaan msih mengekalkan elaun Itka, dan 1 elaun baru diperkenalkan iaitu elaun SBM (Subsidi Bahan Mentah) iaitu untuk Gred 11-16 RM250 , 17-41 RM 150.

Kenaikan elaun ini tidak terlibat bagi anggota keselamatan PDRM,ATM dengan mengambil kira kenaikan elaun khas.

Menerusi laman Facebook miliknya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal tampil menjawab persoalan berkenaan dan beliau menafikan khabar angin tersebut. Beliau turut menafikan memberikan kenyataan media mengenainya dan menegaskan kenyataan tersebut adalah tidak benar.

penjelasan tan sri zabidi zainal isu kenaikan elaun penjawat awamSemoga dengan penjelasan ini tiada lagi khabar angin berkenaan disebarkan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.