Penyampai radio popular Linda Onn sudah selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang kerabat diraja yang bernama Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan. Bagaimanapun ramai peminat beliau dan pihak media kecewa kerana Linda tidak benarkan sebarang gambar atau video dirakamkan pada majlis itu.

Ada yang kata, suami Linda Onn ‘low profile’ dan tidak mahu dirinya didedahkan dalam media hiburan. Ada juga yang kata Linda sengaja mahu menyembunyikan identiti suaminya itu. Pelbagai andaian yang dibuat namun harap jangan sampai timbul fitnah pula. Dalam pada itu, Linda ada menjelaskan kepada dia bertindak begitu.

“Alhamdulillah. Linda selamat diijabkabulkan dengan Ungku Azhar, 34 tahun, tepat pukul 5.45 ptg pada 27 Dec oleh jurunikah dari Masjid Bukit Indah, Ampang. Perkenalan sejak bulan Ogos 2013 telah membawa kami ke alam rumahtangga. Majlis tertutup semalam diadakan hanya bersama ahli keluarga terdekat dan berjalan dgn lancar. Utk semua kwn2 wartawan linda ucapkan ribuan terima kasih kerana masih sudi mendptkan kisah perkahwinan linda utk tatapan peminat tetapi linda minta maaf sbb linda hanya dapat kongsi serba ringkas shj utk tatapan peminat atas permintaan suami dan keluarga. InshaAllah jika suami Linda izinkan gambarnya dipaparkan, Linda masukkan gambar nanti k. Terima kasih atas doa kalian. Linda hargai.. muahhhh…” – Instagram Linda Onn.

Untuk mengubat hati peminatnya, Linda ada memuatnaik gambarnya semasa majlis akad nikah dan selepas pernikahannya. Cuma yang ada hanya gambar Linda tanpa suaminya dan juga gambar cincin di jari Linda. Kata Linda, “This is a pic for my fans and friends… beberapa minit sebelum menjadi isteri… di bilik persalinan.” Ok lah tu. Dapat lihat Linda Onn berbaju pengantin pun rasanya peminatnya sudah gembira.

Jom lihat beberapa foto pernikahan Linda Onn dibawah:

linda onn nikah

cincin nikah linda onn dan ungku azhar

Tahniah sekali lagi kepada Linda Onn dan suami, Ungku Azhar. Semoga berbahagia…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.