Penjelasan Nabila Huda Mengenai ‘Parti Halloween’ | Nabila Huda sememangnya antara artis wanita yang paling banyak kontroversi tahun ini. Satu persatu isu berkait dengannya. Dari bab pakaian, percintaan dan juga kehidupannya.  Selepas ‘panas’ dengan kontroversi pakaian seksinya pada acara karpet merah majlis Anugerah Blokbuster 2011 awal bulan Oktober lalu, Nabila Huda sekali lagi mencuri tumpuan umum apabila kali ini dia dituduh menghadiri parti liar menyambut Halloween pada hujung bulan yang sama.

Sebelum ini Nabila bertindak untuk mendiamkan diri dari menjawab isu berkenaan. Bagaimanapun, menerusi laporan Kosmo semalam, Nabila tampil menjelaskan parti itu merupakan sambutan hari jadi temannya dan juga sebuah parti kostum. Jadi, tidak perlu timbul isu dia menghadiri parti Halloween seperti yang digembar-gemburkan.

“Setiap orang ada buat salah, itu antara saya dan Tuhan. Apabila orang suka membuat cerita, maka timbul kisah-kisah sebegini. Majlis hari jadi itu diadakan pada 28 Oktober dan sambutan Halloween adalah pada 31 Oktober. Kenapa saya perlu menyambut Halloween? Sedangkan pada tarikh 31 Oktober itu saya ada penggambaran. Pada majlis itu juga saya yang memilih untuk memakai pakaian puntianak, adakah perbuatan itu salah?

“Jika diperhatikan, ramai lagi orang Melayu yang menyambut Halloween pada tarikh 31 Oktober itu tapi tidak pula menjadi isu. Saya yang tidak menyambutnya pula dituduh bukan-bukan. Sekiranya saya bersalah, saya minta maaf. Perkara yang tidak patut dilayan sebelum ini saya tidak akan layan. Susah nak percaya sesiapa di dunia ini,” jelas Nabila yang sebelum ini dikritik bapanya, Amy Search ekoran pakaian seksinya ketika Anugerah Blockbuster 2011.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.