Penjelasan Nazrin Berhubung Isu Gaduh Dengan Hairul | Dalam laporan akhbar sebelum ini ada menceritakan berkenaan pasangan juara program realiti Fear Factor Selebriti Malaysi 2013, Dazrin Kamarudin dan Hairul Azreen yang didakwa bergaduh. Kononnya kerana sikap Dazrin yang pentingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain sehingga membuat Hairul berkecil hati.

Namun dalam laporan Malaysia Digest, Dazrin, 25, yang nyata terkejut sekaligus menafikan tuduhan tersebut. Dazrin juga menafikan kelakuannya itu turut membuatkan dia dan Hairu bermasam muka antara satu sama lain.

“Semua ini mengarut dan tidak benar. Pada mulanya, saya tidak tahu tentang berita ini sehinggalah Hairul menghubungi saya. Tak mungkinlah kami bermasam muka sedangkan saya dan Hairul sering lepak bersama jika tidak ada sebarang kerja-kerja seni,” katanya.

hairul azreen dan dazrin fear factor

Dazrin berharap menerusi penjelasan yang diberikan, tiada pihak yang akan mempersoalkan lagi mengenai gosip tersebut.

“Sebenarnya saya berada di Ketereh, Kelantan bagi menjalani penggambaran drama Syurga Di Wajahmu untuk TV1 dan rangkaian perkhidmatan telefon saya kurang jelas. Jadi apabila ramai yang menghubungi saya bertanyakan tentang isu ini, geram pula jadinya,” ujarnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.