Syukur Alhamdulillah. Semakin ramai kalangan selebriti yang mula berhijrah untuk bertudung. Antaranya yang terbaru adalah pelakon Nina Iskandar yang kini juga sudah bertudung. Bagaimanapun, baru sahaja bertudung beliau sudah terpaksa berdepan dengan pelbagai kritikan dan tohmahan dari peminat.

Ia gara-gara selepas dia memuat naik gambar dan video yang menampakkan rambutnya menerusi laman sosial Instagram peribadinya. Ada kalangan peminatnya mempersoalkan kenapa dia masih menayangkan rambutnya dan berkongsi gambar dan video begitu walaupun sudah bertudung.

Oleh itu, memetik laporan mStar Online, Nina Iskandar atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 23, menerusi laman Instagramnya telah memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan. Menurutnya, gambar dan video yang dimuat naik itu merupakan beberapa babak lakonannya sebelum bertudung yang dilakukan sebagai tujuan promosi.

“Saya benar-benar berhijrah pada akhir April lalu dan selepas berhijrah saya tidak pernah buka tudung dan Insya-Allah ia akan berterusan. Pengambaran drama Raya Ni Mesti Kahwin dilakukan sebelum saya berhijrah lagi, jadi tolonglah faham dan jangan terlalu cepat menuduh sebelum mengetahui hal sebenar,” katanya.

“Saya berbuat demikian kerana mempromosi drama yang saya lakonkan itu kerana ia adalah salah satu perkara yang tertulis dalam kontrak yang saya persetujui. Betul, mungkin saya belum sempurna, saya masih memakai solekan dan memakai selendang yang tidak cukup panjang, namun soalan saya, adakah anda cukup sempurna untuk mempersoalkan apa yang saya lakukan,” soalnya.

nina iskandar kini sudah bertudung

Tambahnya, sebagai insan yang baharu mula berhijrah, dia belajar sedikit demi sedikit untuk mencari kesempurnaan sebagai seorang muslimah sejati. Malah, dia berharap peminat dan pengikutnya sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya daripada terus memfitnah atau mengecam segala tindakan yang dilakukan.

p/s: Kiranya video itu adalah video semasa penggambaran dan sebelum dia bertudung. Tujuan berkongsi di laman sosial pula adalah untuk promosi… Mmmm..


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.