Susah juga rupanya menjadi seorang yang bernama Nora Danish. Semasa zaman ‘solo’ beliau sering digosipkan dengan ramai lelaki. Sampaikan hampir-hampir meruntuhkan rumahtangga orang lain pula jadinya. Kini, beliau mengesahkan sudah berpunya dan sering memuat naik gambarnya bersama ‘kekasih’, Nedim Nazri. Pun juga jadi masalah. Pelbagai isu pula ditimbulkan dan ianya turut dikaitkan dengan politik.

Terbaru, Nora Danish dan Nedim dikhabarkan telah menghabiskan masa lebih seminggu di kota London dalam kembara yang disifatkan sebagai percutian sekali gus menguruskan bisnes di sana. Ia ternyata telah menarik perhatian umum dan menjadi panas apabila Nora dan Nedim memuat naik aktiviti mereka di sana selain beberapa keping gambar yang agak intim seperti berpegangan tangan, kedua-duanya juga telah mengeluarkan kenyataan tentang hubungan mereka dalam bentuk sarkarstik. Selain itu, Nora Danish juga dikatakan di ‘sponsor’ sepenuhnya oleh kekasihnya itu termasuklah tiket penerbangan ke London yang mencecah RM25,000.

noradanishlondon

Bagaimanapun menerusi laporan Kosmo!, Nora Danish telah menjelaskan mengenai isu tersebut. Jelasnya, dia menggunakan duitnya sendiri untuk ke London dan bukannya dari Nedim.

nora danish london 2013

“Apa masalahnya dengan jumlah tersebut? Saya bayar pakai duit saya sendiri, bukannya Nedim. Saya bekerja keras dan punya wang sendiri. Saya mampu untuk membayar perbelanjaan tersebut tanpa tanggungan sesiapa.” Jelas Nora Danish dalam laporan tersebut.

nora danish dan nedim nazri london

Selain itu, mengenai kontroversi hubungannya dengan Nedim, Nora Danish berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan perkara itu dan bersedia untuk mengawalnya dengan tidak memberikan jawapan mengenai perkara-perkara peribadi berbanding kisah kariernya sahaja.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.