Sebelum ini tersebar meluas di laman sosial Facebook kononnya berlaku serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan. Kononnya Bukit Aman diserang sekumpulan pengebom berani mati. Bagaimanapun menerusi kenyataan kepada media, PDRM menafikan catatan berkenaan dan menyifatkan ianya hanya laporan palsu semata-mata.

Memetik kenyataan Sinar Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Superintendan Lai Lee Ching berkata, keadaan di Bukit Aman tenang dan ia beroperasi seperti biasa. Beliau menegaskan bahawa penyebaran berita palsu adalah perbuatan keji dan polis akan bertindak tegas terhadap pelakunya. Beliau meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu seumpama itu atau berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian.

ibu pejabat polis bukit aman

“Susulan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam. Kesalahan tersebut boleh membawa hukuman penjara dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.”


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.