Kecoh juga baru-baru ini apabila tersebarnya gambar Shila Amzah yang sedang membuat persembahan di Beijing, China dengan memakai skirt pendek tetapi bertudung. Namun ketika itu juga, banyak pihak yang menafikan tuduhan itu dan menegaskan Shila memakai seluar jenis ketat dan menyamai warna kulitnya.

Hari ini, menerusia laporan media, pengurus Shila Amzah iaitu Ong Peng Chu pula menjelaskan spekulasi berkenaan. Menurutnya, penyebaran gambar terbabit adalah perbuatan sabotaj pihak tertentu berniat menjatuhkan reputasi penyanyi itu.

Gambar Shila Amzah pakai skirt pendek bertudung di China

“Sebenarnya dia pakai seluar berwarna coklat. Ada orang sengaja nak buat cerita tak betul,” jawab Ong Peng Chu menjelaskan spekulasi Shila memakai gaun biru pada paras lutut dan bertudung.

Penyebaran gambar berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat yang keliru dan hairan dengan imej Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 24, ketika menjayakan sebuah persembahan di China, baru-baru ini.

Ketika dihubungi, Ong yang kini menemani Shila di negara itu berkata,

Gambar Shila Amzah pakai skirt pendek bertudung

“Saya tak boleh komen sebab saya pun tak baca (lagi) apa dia orang sebar di FB (Facebook) dan Twitter. Ketika gambar diambil dia terbabit dalam sebuah program TV dan memang jelas dia memakai seluar. Boleh lihat di YouTube. Rasanya gambar yang disebarkan itu sudah diubah suai (daripada gambar asal),” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada Harian Metro.

Shila kini berada di Beijing untuk komitmen persaingan akhir pertandingan I Am A Singer 2014 pada Jumaat ini, selain promosi dan rakaman lagu untuk album Mandarin.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.