Semalam kecoh apabila sebuah akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dirogol oleh sepupu lelaki berusia enam tahun ketika bermain ‘ibu bapa’ dalam kejadian 29 Disember 2013 di sebuah rumah di Pendang, Kedah. Siapa tidak terkejut sekiranya budak seusia 6 tahun sudah boleh bertindak begitu.

Namun dalam satu kenyataan berita hari ini, pihak polis menafikan laporan berita berkenaan. Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad berkata perkara itu berdasarkan laporan perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang diterima oleh pihaknya.

budak rogol

“Ibu bapa kanak-kanak itu membuat laporan polis pada 1 Jan lepas mendakwa anak mereka dirogol dan polis menasihatkan mereka membuat pemeriksaan di HSB. Hasil laporan yang diterima, perkara itu tidak berlaku,” katanya.

Beliau juga berkata polis tidak pernah mengklasifikasikan kes itu sebagai rogol kerana kertas siasatan akan dibuka berdasarkan laporan perubatan. Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.