Seperti yang kita maklum, penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman sudah berkahwin dengan gitaris kumpulan CRK iaitu Eddie Ghazali. Namun timbul pula cerita kurang manis berkenaan alam rumahtangga Raja Azmi mengenai dia dikatakan terpaksa menanggung perbelanjaan suaminya itu sejak berkahwin.

Memetik laporan mStar Online, Raja Azmi, 55, menjelaskan bukan menjadi satu kesalahan jika dia menanggung perbelanjaan suaminya. Sebagai isteri dia juga bertanggungjawab dalam kehidupan berumah tangga termasuklah hal-hal berkaitan kewangan.

eddie-raja-azmi

“Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Yang penting saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Kalau saya menanggung suami sekalipun itu adalah hak dan tanggungjawab saya sebagai isteri. Pada saya sekarang, duit bukan kepentingan lagi,” katanya.

Raja Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan kononnya dia dikatakan menanggung suaminya yang dikahwininya pada 14 Oktober tahun lalu. Dia juga berkata tidak pernah mengambil peduli mengenai apa pandangan masyarakat tentang kehidupan rumah tangganya.

“Dulu perkahwinan pertama saya orang berkata saya habiskan duit suami, sekarang pula orang kata saya menanggung suami. Kalau kita kisah orang nak cakap apa, kita tidak boleh hidup bahagia,” katanya.

Jelas Raja Azmi, biarpun tidak dilimpahi dengan kemewahan seperti dahulu, namun dia kini lebih bahagia untuk hidup secara sederhana. Dalam pada itu, Raja Azmi turut menganggap dakwaan negatif seperti itu boleh menguris hati suaminya sekali gus menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka.

p/s: Kesian juga kepada Raja Azmi, banyak juga kontroversi melandanya. Apapun diharapkan beliau dan suami banyakkan bersabar…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.