Dihari yang baik ini, tak ada niat pula mahu jadi batu api. Namun untuk keadilan, tak salah rasanya kalau ammboi paparkan juga kenyataan balas dari Rita Rudaini jika sebelum ini ammboi pernah siarkan penjelasan dari Aidil. Selebihnya anda nilaikanlah sendiri. Mana yang baik, jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Semoga kisah mereka ini boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk kita semua.

rita rudaini vs aidil zafuan

Memetik laporan Berita Harian, pelakon Rita Rudaini yang sudah bercerai dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak memberitahu dia hanya sempat mengecap nikmat kebahagiaan berumah tangga selama sembilan bulan, kemudian Rita melalui pelbagai cabaran dalam perkahwinan mereka termasuklah kes makhamah yang berlarutan sehingga dua tahun lamanya.

“Sembilan bulan yang pertama memang kami cukup bahagia. Tetapi sejak keluarganya campur tangan, kami sering bergaduh. Jarang pergaduhan itu berpunca daripada masalah kami, tetapi datangnya daripada keluarga Aidil. Setiap kali selepas pulang menziarah keluarganya di Seremban, sikap Aidil pasti berubah. Ada saja perkara yang akan mencetuskan pergaduhan hingga setiap kali dia balik ke sana, tidak sedap jadinya hati saya. Macam mana dia hendak menjadi pemimpin yang baik jika hidupnya masih dikawal keluarga? Jadi, jangan kata Rita isteri yang tidak taat, jika dia sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik kepada Rita dan anak-anak,” katanya.

Rita juga berkata, kini dia tidak lagi kisah jika masyarakat memandang serong setiap kenyataan yang keluar dari mulutnya, termasuk ‘menuduh’ bekas ibu serta bapa mentuanya sebagai cetek ilmu agama. Malah dia turut menyangkal dakwaan Aidil kononnya dia tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan bapa mentuanya. Sebaliknya mendedahkan dia pernah dihalau oleh kakak Aidil tanpa belas kasihan.

“Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka. Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap. Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu.

“Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda”, kata Rita dalam laporan berkenaan.

Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini, ammboi rasa pelik juga. Namun tak apalah, ammboi malas nak buat andaian. Anda fikirkan sendiri. Sepertimana yang ammboi tekankan awal-awal diatas, kisah ini adalah kehidupan yang kita juga bakal tempuhi bersama pasangan kita. Macam mana hubungan dengan mertua, dengan keluarga mereka dan sebagainya mungkin ada sedikit persamaan.

gambar aidil zafuan rita rudaini dan anak-anak

Pada mereka yang juga ada masalah yang sama, cari jalan yang lebih baik untuk berdamai. Buang segala ego dan sikap buruk kita. Banyakkan berdoa, Insya Allah DIA akan makbulkan doa kita. Semoga Aidil dan Rita juga sama. Doa ammboi sentiasa mahu melihat mereka kembali bersama. Kesian pada anak-anak yang masih baru nak belajar mengenal dunia.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.