Penjelasan Serina – Isu Lariskan Jualan Produk Guna Gambar Palsu | Sebelum ini hebah seluruh Malaysia berkenaan isu Serina yang menggunakan gambar palsu dan tanpa kebenaran tuan punya gambar berkenaan untuk lariskan jualan produk kesihatannya. Menurut laporan tersebut Serina ada mengirimkan sekeping gambar melalui Facebook dan Twitter miliknya tentang seorang lelaki yang berjaya menguruskan badan selepas menggunakan produk makanan tambahan yang dijualnya. Bagaimanapun individu tersebut telah menafikan mengambil sebarang produk menguruskan badan apatah lagi produk jualan Serina.

Serina Redzuwan, 30 bagaimanapun menafikan tuduhan kononnya menggunakan gambar testimoni palsu bagi melariskan produk kesihatan yang dijualnya. Menerusi laporan mStar Online, Serina yang kini berada di London memberitahu gambar yang dimaksudkan telah dimuat naik oleh ahli lain yang mewakili produk itu di laman Facebook miliknya dan dia hanya berkongsi kejayaan individu tersebut dengan para peminat.

serina dan alpha lipid sd2

“Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini kerana berada di London dan gambar yang dimaksudkan hanya di ambil menerusi Internet selepas ia dikongsi oleh ahli lain di laman Facebook saya. Malah gambar itu bukan saya sahaja yang kongsi di Facebook tetapi ahli-ahli lain juga,” jelasnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online.

Tambah Serina, dia tidak pernah menokok tambah maklumat tentang gambar testimoni tersebut hanya untuk menarik pelanggan. Serina memberitahu dia terkilan apabila ada pihak cuba menjatuhkan reputasinya dengan memburukkan namanya. Jelas Serina dia tidak pernah berniat untuk menipu sesiapa sebaliknya hanya ingin membantu mereka yang mempunyai masalah berat badan.

“Saya tidak pernah kacau hidup sesiapa dan biarlah saya cari rezeki dengan cara yang halal. Walaupun saya ni seorang artis tetapi perniagaan adalah satu bidang yang saya suka. Saya tidak faham mengapa ada orang yang suka memburuk-burukkan hidup orang lain,” jelasnya.

Apapun tindakan ‘ahli lain’ yang memuat naik gambar berkenaan memang keji dan menipu pengguna / pembeli lain. Tindakan yang boleh dianggap langsung tidak profesional. Namun itulah hakikat sebenar bagi mereka yang menjual apa-apa produk pun. Testimoni yang diberikan entah benar atau tidak. Demi kepentingan sendiri mereka sedaya upaya mencari jalan untuk menipu. Jadi, pesanan ammboi berhati-hatilah anda dengan jurujual atau agen sebegini. Lebih baik elakkan. Mereka sebenarnya bukan mahu membantu, tetapi ibarat mahu menutup lubang sendiri dengan penyertaan orang lain semata.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.