Pelakon Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin teruk dikecam peminat di laman sosial mereka gara-gara ramai pelanggan masih belum terima pakaian raya yang ditempah dari butik Elle Zada.

Ada yang mendakwa pasangan itu tidak bertanggungjawab dan gagal memberi penjelasan mengenai masalah sebenar yang berlaku terhadap tempahan mereka.

PENJELASAN SHAHEIZY SAM ISU TEMPAHAN PAKAIAN RAYA ELLE ZADA BELUM SIAP 1

Memetik laporan mStar Online, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 25, berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan sendiri oleh pihak Elle Zada yang lebih mengetahui perjalanan operasi butik berkenaan.

“Saya tidak tahu nak komen apa-apa kerana saya dan Sam seperti orang lain juga tiada jawapan. Apa yang saya boleh katakan perkara yang berlaku itu di luar bidang kuasa dan kawalan kami. Kami hanya duta kepada kempen raya butik berkenaan sahaja dan hanya bertanggungjawab untuk menjalankan promosi sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, pengasas butik Elle Zada, Elliyin Razif, 28, meminta orang ramai tidak menyalahkan pasangan selebriti berkenaan atas masalah yang berlaku. Katanya, kedua-dua selebriti itu sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dalam mempromosi produk keluarannya sempena Aidilfitri ini.

“Sam dan Syatilla tidak bersalah dalam hal ini kerana ia ada masalah kelewatan ini berpunca daripada pihak pembekal. Saya harap orang ramai tidak mengaitkan nama mereka dalam hal ini. Saya juga meminta maaf kepada Sam dan Syatilla kerana perkara ini telah menjejaskan nama mereka yang bersih,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihaknya sudah mengadakan satu mesyuarat dengan pasangan tersebut dan menjelaskan keadaan sebenar. Tambah Elliyin, pihaknya akan cuba untuk menyelesaikan masalah kelewatan itu sebelum menyambut Aidilfitri.

“Sam sangat ambil berat tentang hal ini terutama sekali apabila melibatkan peminat-peminatnya. Dia juga ada beri cadangan untuk selesaikan masalah ini. Malah, dia minta kami keluarkan kenyataan secepat mungkin agar pelanggan dapat mengetahui masalah tersebut dan bersabar,” ujarnya.

“Pembekal tidak dapat menyiapkan pakaian-pakaian yang kami tempah pada tarikh yang ditetapkan, kami cuba untuk cari alternatif lain, namun terdapat beberapa masalah lain pula. Namun, Insya-Allah ia akan diselesaikan sebelum Aidilfitri ini, masalah ini memang di luar jangkaan kami,” ujarnya.

Memetik kenyataan dari Facebook Shaheizy Sam Samad, Sam juga telah memberi penjelasan mengenai masalah kelewatan penyiapan tempahan pakaian raya tersebut.

Dalam kenyataannya itu, Sam turut mencadangkan agar pemulangan wang tempahan dilakukan dalam kadar segera bagi memastikan pelanggan dapat membeli pakaian raya di tempat lain.

Salam. Kebelakangan ni Sam dan Syatilla @samtilla banyak terbaca/terdengar keluhan dan aduan dari pelanggan-pelanggan yang telah membuat pre-order dari bulan April tapi masih belum mendapat baju-baju mereka sehingga ke hari ini.

Sam dan Syatilla ingin meminta ampun dan maaf bagi pihak @samsyatilla atas kekalutan ini. Untuk makluman, @samsyatilla hanya terlibat dalam menyediakan rekabentuk baju Champion/Sultanah dan imej sahaja dalam kolaborasi ‪#‎ElleZadaSamSyatilla‬.

Tentang pengeluaran, pembayaran dan penghantaran pula diharap pihak @ellezada dapat memberikan keterangan kepada pelanggan-pelanggan berkenaan segala kelewatan ini kerana kita hanya tinggal kurang dari 10 hari sahaja lagi sebelum menjelang Syawal, dimana kita tahu setiap pelanggan yang membeli pakaian tersebut adalah untuk digunakan dihari raya ini.

Seandainya barangan itu tidak dapat ditunaikan sebelum Syawal, diharapkan pihak @ellezada dapat mengembalikan wang pelanggan-pelanggan secepat mungkin supaya mereka masih ada masa untuk membeli pakaian raya mereka ditempat yang lain.

Mungkin belum ada rezeki buat @ellezada untuk berniaga pada skala yang sebesar ini. Saya percaya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Diharap pihak @ellezada tidak berdiam diri dan teruslah berkomunikasi dengan pelanggan dan terangkan pada mereka seandainya ada kesulitan yang dilalui oleh pihak anda. Bersambung…

Sam juga meminta agar pihak Butik Elle Zada tidak terus berdiam diri dan terus berkomunikasi dengan pelanggan seterusnya mengambil tindakan segera bagi mengelakkan masalah berkenaan terus berlarutan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.